Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, December 23, 2013

Kembara Spain- Portugal-Morocco

Kembara Spain- Portugal-Morocco
Siri 1

Hari pertama tanggal 19hb bertolak dari rumah ke KLIA. Pesawat berlepas jam 3. Banyak perkara perlu diselesaikan namun ia dapat disempurnakan.
3pm Saudia air berlepas ke Jeddah. Perjalanan yang menyeronokkan kerana di dalam flight tersaji pelbagai menu untuk tatapan, dan yang paling seronon ada banyak channel Islamic.
Ada ramai juga jemaah yang turut bersama untuk menunaikan umrah. Mereka ini terdiri dari sebahagian yang tidak mengambil chartered flight. Lelaki warga UK yang duduk disebah kami merupakan pekerja di syarikat perlombongan di Australia mahu pulang bercuti untuk Christmas. Bila ditanya mengapa memilih Saudia Air katanya ia tambang yang murah dan berbaloi. Hanya 400euro dari KL - London. Dari Australia pesawat tambang murah Air Asia menjadi pilihan.
Di Jeddah kami transit selama 9 jam untuk menunggu flight seterusnya ke Madrid.
Ternyata benar bila kami transit di Jeddah, ada pelbagai warga yang seperti kami yang transit untuk ke destinasi masing-masing.
Bagi kami ini adalah pengalaman pertama menggunakan Saudia Air untuk ke luar negara selain biasanya mengunakan Saudia Air untuk umrah semata. Sudah pasti 9 jam adalah transit yang paling lama setakat ini.
Namun apa yang paling best lena sekejap di surau di airport Jeddah adalah memadai untuk kami beristirehat.
Sewaktu mula kami sampai kebetulan waktu Insyak baru sahaja masuk, jadi ramai pekerja meninggalkan sementara pekerjaan mereka secara bergilir untuk berjemaah. Ia satu praktis yang amat baik dan jarang kita lihat di Malaysia. Solat jemaah itu dilakukan secara berturut-turut dan bersambung, bila yang mula selesai, kemudian ada lagi kumpulan yang lain meneruskan. Amalan inilah yang menjadi kekuatan sesuatu bangsa.
Akhirnya kami berlepas untuk ke Madrid. Ia mengambil masa 4 jam setengah berbanding dari Kl- Jeddah yang mengambil masa 8 jam.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment