Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 26, 2013

Kembara Spain Portugal Morocco



Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 10- Malaga Bandar Pelabuhan dan Pelancongan.

Hari pertama di Granada hujan membasahi bumi dari pagi membawa ke petang. Ia sedikit melambatkan perjalanan. Kami sempat pada paginya melihat bandar sekitar.

Granada juga tidak kurang dengan bamgunan yang antik dan bersejarah. Penduduknya sangat ramah dan mudah membantu. Apa yang menjadi masalah adalah bahasa. Selama di Sepanyol, baik tua atau mudah boleh bilang dengan jari mana yang kami temui boleh berbahasa Inggeris. Ia sama keadaan di Portugal. Bahasa Inggeris amat asing bagi mereka. Maka jangan kita sangka bahasa Inggeris mampu menakluk dunia. Signboard atau banyak perkara tertera dalam bahasa Sepanyol. Ternyata mereka amat mendaulatkan bahasa ibunda mereka.

Tengahari kami bertolak menuju Malaga. Ia mengambil masa dua jam sahaja dari Granada. Bandarnya juga besar dan terletak di tepi laut. Ia bersebelahan dengan Morocco dan menjadi bandar yang menghubungkan antara dua benua. Oleh kerana ia berdekatan dengan pelabuhan atau jeti yang menuju ke Aljecira iaitu Gibraltar dan juga Tangiers di Morocco maka ia menjadi tempat perhentian.

Dari Granada melalui Almeria dan seterusnya Malaga kami melalui perjalanan yang selesa. Hebatnya di sini tiada traffic jam. Kiri kanan terbentang bukit bukau yang tumbuh pepohon zaitun. Malaga merupakan bandar yang baru dibuka berbanding Granada, maka tidak pelik ada banyak bangunan moden tersergam, pun begitu rata-rata di Sepanyol tiada bangunan yang tinggi mencakar langit.

Malaga menyaksikan lebih ramai warga Islam dari Morocco dan juga Algeria yang bermastautin serta bekerja di Sepanyol. Ada banyak restoran halal. Bahkan untuk melihat dan terserempak dengan orang Islam tidak susah kerana rata rata mereka bertudung serta menggunakan bahasa Arab.

Di Malaga destinasi kami adalah mrnyaksikan laut luas dari Pelabuhannya yang cantik, kelihatan dari jauh kapal kapal layar berlabuh. Apartment mewah tersergam indah menjadi kediaman kunjungan. Berhadapan dengan pelabuhan tersebut adalah istana lama. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam kerana hari cuti tidak dibuka kepada umum.

Namun di lereng bukit di tepi istana adanya taman taman bunga yang di tanam pelbagai spesis bunga. Dari puncak yang tinggi kami dapat menyaksikan pemandangan seluruh pelabuhan, bangunan lama dan baru serta satu stadium lama yang cantik berada di sisi jalan utama menghala ke pelabuhan.

Di bawah bukit terbina pelbagai jenis air pancur serta ditanam bungan ros sekelilingnya dari pelbagai jenis dan warna. Biarpun mysim di gin tetapi ia tetap indah berbunga. Di Sepanyol juga banyak di tanam pokok bunga kertas sebagai hiasan. Ia boleh dikatakan di setiap bandar ada landskap yang menggunakan pokok tersebut sebagai penyeri laman dan dinding rumah.

Separuh hari berada di Malaga, biarpun hujan rintik dan agak berangin namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk menjelajah setiap pelusuk dan ruang di Malaga. Malamnya sebelum kembali ke hotel kami di Granada kami sempat merasa kebab resepi Palestin yang dijual di stesen bas awam Malaga. Perjalana hanya mengambil masa 1 jam 40 minit.

Kami pulang dengan kepuasan menyaksi dan membah koleksi photo di bumi Sepanyol yang indah.

25. Dec. 2013






Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment