Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Tuesday, December 24, 2013
Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 9- Andalusia Yang Tersohor
Bumi Granada ini membuat hati dan jiwa terpaut. Seawal 4 pagi waktu Spanyol mata sudah tidak mampu pejam. Hotel yang kami duduki memang cantik dan ada unsur Arab. Ukiran dan hiasan mengambarkan kisah Andalusia.
Tahta yang dirampas, istana yang dinodai. Biarpun ia tinggal menjadi bahan sejarah dan pameran kepada pelancong namun ia amat berbekas di hati. Sebuah kerajaan yang hebat akhirnya tersungkur.
Andalusia namanya meniti di bibir. Sedap disebut. Hari ini bumi bertuah yang dikenali Granada ini mempunyai kisahnya yang panjang. Istana Al Hambra menjadi lambang Andalusia. Jika Cordoba akhirnya hanya tinggal nama dan kisah sahaja, maka sama juga dengan Al Hambra.
Hari ini penulis menyusur kota Granada. Melihat saki baki budaya yang ditinggalkan warisan Islam. Muziknya amat dekat dengan muzik Arab. Sama juga dengan hiasan dalaman. Dilihat kepada warna kulit ia tidak jauh beza, yang membezakan hanyalah aqidah.
Dimana sahaja kami singgah baik di bumi Portugal atau Sepanyol akan ada bangsa Cina yang bermastautin dan menjadi pedagang. Deret kedai berdekatan hotel kami terdapat restoran dan juga kedai runcit Cina. Hasil seni mereka juga dipaparkan bersama menjadi imej bangsa mereka yang berdagang seantero dunia.
Memandangkan hari ini Al Hambra ditutup bersempena cuti Krismas, maka kami memilih untuk ke Malaga. Tempat peranginan yang indah di Sepanyol. Sementelah kami akan berkampung selama 3 hari di Granada kami masih banyak masa untuk menyelongkar sejarahnya yang terpahat.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment