Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 24, 2013

Kembara Spain Portugal Morocco

Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 8- Dari Seville ke Granda

Suasana di stesen keretapi amat meriah dengan mereka yang mahu pulang menyambut krismas. Kebanyakan mereka membimbit beg kertas berisi hadiah untuk hari Natal. Di luar rumah juga banyak digantung gambar budak kecil. Di ambang pintu dan di halaman serta di ruang kedai siap dihiasi pokok berdaun merah. Ia kepercayaan yang berbeza, namun kepercayaan kepada warna merah membawa nasib yang baik adalah antara sekian banyak amalan khurafat dalam agama kristian.

Menaiki keretapi yang laju sememangnya perjalanan tidak terasa. Sepanjang perjalanan dari Seville ke Granada dapat dilihat kawasan pertaniannya yang luas.

Ada gandum dan juga pokok zaitun serta limau. Biarpun pesat membangun dan menjadi destinasi pelancongan yang popular Spanyol tetap meletakkan pertanian sebagai sektor yang penting.

Teringat kata kata dari tourist guide kami di Portugal mengatakan mereka banyak menanam buah buahan tetapi mereka memakan buah yang diimport dari Argentina. Ia sama seperti keadaan di Malaysia yang biarpun menanam padi tetapi masih mengimport beras dari negara jiran.

Cuaca agak mendung hari ini, namun ia tetap sejuk yang biasa. Di sini hujan tidak banyak turun kerana cuacamya Meditranean. Pokok zaitun tumbuh sejajar, biar tidak banyak hujan dan tiada salji, tanah tanih di sini tetap subur. Ia kebanyakan tanah lapang dan tiada semak samun atau bukit bukau. Inilah hebatnya negara maju, mereka semuanya bersistematik.

Perjalanan menuju Granada melalui pelbagai stesen, dari Seville ke bandar kecil Marchena. Berbanding Seville yang kebanyakan rumah seperti apartment dengan bangunan lama, bandar ini baru kelihatan rumah ala teres. Di sini juga terdapat bangunan dan runtuhan kota lama. Bandar ini banyak terdapat kilang dan juga merupakan kawasan yang pesat dengan pertanian.

Suasana agak sepi sepanjang laluan. Ia masa bercuti bagi warga Sepanyol. Tempat kunjungan pelancong juga ditutup sempena Krismas. Kami tiba di destinasi seterusnya iaitu Osuna. Ia seperti stesen keretapi pekan Wakaf Baru. Bezanya landasan mereka lebih camggih dan keretapinya lebih laju.

Akhirnya train kami selamat tiba di bumi Granada.







Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment