Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, December 23, 2013

Kembara Spain-Portugal-Morocco


Kembara Spain-Portugal-Morocco
Siri 2

7am kami sampai di Madrid. Ia anat memenatkan namun hati sungguh teruja menjejak kaki buat kali pertama d Bumi Sepanyol.

Selesai memgurus diri kami teruskan perjalanan kami di Madrid menuju Pusat Bandar. Seperti biasa metro adalah kenderaan awam yang palin cepat. Bermula dari De Americano kami ke Del Sol.

Ia bandar bersejarah, bangunan lama yang tersergam indah dengan kesenian tersendiri. Kami menghabiskan masa menikmati perjalanan dengan membuat pemerhatian kepada masyarakat sekitarnya. Ada juga kedapatan peminta sedekah, pemain muzik jalanan.

Tengahari menjengah kami mula terasa lapar. Banyak restoran adalah ala bar. Kami meminta seoran wanita Maghribi menunjukkan kedai makanan Muslim. Namu jenuh mengikutinya terasa agak jauh. Kami sepakat untuk mencari dan bertanyakan orang lain.

Rupanya dekat sahaja dengan kedai kedai deretan bandar. Kami menjumpai sebuah restoran India Pakistan. Sedang berkira - kira mahu masuk kami di sapa seorang lelaki yang bercakap Melayu. Beliau adalah pelajar UK yang bercuti ke Sepanyol.

Besembang sambil menikmati nasi berlauk kambing masakan ala India menghilangkan rasa dingin. Cuaca agak sejuk di Madrid. Ia permulaan musim sejuk. Daun-daun banyak berguguran.

Usai makan dan solat kami meneruskan perjalanan menuju Stadium Real Madrid. Jika ada Eiman pastinya seronok, mana tidaknya bila melihat tempat pemain tersohor bermain bola maka ia pasti mengamit keterujaan. Sekadar bergambar untuk mengatakan kami sudah sampai di sini.

Seterusnya kami berjalan jalan menikmati bandar Madrid. Suhu yang mencecah -1c memberi peluang kami menambah koleksi pakaian musim sejuk. Baju panas, kasut boot, dan juga sweater tebal menjadi pilihan.

Kami meneruskan perjalanan hari ke 2 menuju Lisbon.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment