Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 24, 2013

Kembara Spain Portugal Morocco

Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 7- Selamat tinggal Seville.

Kami tiba dari Cordoba saat malam telah larut. Ia perjalanan yang memenatkan namun banyak yang dicedok dari sejarah silam. Pagi ini kami menjelajah tinggalan sejarah yang ada. Melawat Catedral y Giralda, Al Cazar, La Resl Maestramza, Masjid yang dijadikan gereja serta banyak lagi bangunan yang menjadi tinggalan sejarah.

Memandangkan tinggal sehari berbaki mereka akan menyambut krismas maka loceng gereja tidak berhenti berbunyi, ia juga bersempena 20 abad masa berlalu.

Melihat kepada kubu yang dibina , terfikir betapa kuat orang dahulu dalam membina. Bersebelahan Al Cazar adalah Catedral Giralda yang begitu cantik terukir.

Sepanjang jalan banyal hotel dan juga cafe ditepinya. Ia menjadi destinasi pelancongan yang menarik ramai orang luar untuk hadir kerana kemudahan tang ada. Semua bentuk kenderaan awamnya sistematik dan mudah. Setiap tempat tumpuan ada disediakan trem.

Nama nama yang digunakan dalam bahasa Sepanyol amat menyusahkan untuk diingat tetapi ia dekat dengan pemfgunaan bahasa kita, contohnya ada Parlimento De Andalusia, Arco De La Macarena, Basilica, Plaza de Espana dan banyak lagi. Habis menjelajah Seville kami seterusnya menuju Granada menaiki keretapi laju.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment