Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, December 23, 2013

Kembara Spain-Morocco-Portugal

Kembara Spain-Morocco-Portugal
Siri 3

Perjalanan dari Madrid ke Lisbon terpaksa menggunakan bas kerana tiket keretapi sudah kehabisan. Sewaktu kami di Madrid ramai yang sibuk mahu bercuti untuk menyambut Christmas.

Maka biarpun terpaksa memggunakan bas yang mengambil masa 8 jam merentasi daerah daerah Sepanyol dan Portugal, ia pengalaman yang menyeronokkan. Perjalana amat selesa. Bas yang disediakan bertaraf 4 star. Kami tidak kesejukan kerana ada heater buat panas badan.

Memandangkan perjalanan kami di waktu malam, maka banyak pemandangan yang cantik tidak dapat kami rakamkan. Kami subuh di dalam bas. Bertayammum pilihan terakhir. Apapun solat tetap dilaksana.

Suasana musim luruh dengan langit dipenuhi bintang yang terang menerang malam yang kelam tidak dapat dizahirkan mata. Lelap dalam lena yang indah kami akhirnya sampai di kota Lisbon.

Pemandu di sini sangat berhemah dan mematuhi undang undang. Bahkan tiada lori lori berderet yang banyak di atas jalan di waktu malam. Kereta juga boleh dibilang dengan jari dibanding kenderaan yang ada di lebuh raya di Malaysia. Ini kerana kenderaan awam utama di Eropah adalah keretapi.

Sampai di Lisbon lagit cerah, hotel berada di tengah kota banyak yang mahu dicerita.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment