Seperti sudah lama tidak mencoret di sini. Tugasan yang bertambah dalam misi hidup menyebabkan ruang masa semakin singkat. Namun dengan isu-isu semasa yang begitu banyak terpapar di media, hati meruntun mahu bersuara menyatakan pnadangan. Sala satunya adalah tentang kisah memukul anak untuk bersolat. Banyak kritikan dan komen yang tidak pernah surut di FB. Adakala saya mahu saja menulis sama komen-komen namun rasanya ia tidak bermakna. Bahkan orang kita adakala terlalu emosi dalam memberi pandangan.
Isu pasangan Malaysia ang menjadi tahanan di Sweden gara-gara memukul anak tidak bersolat menjadi isu antarabangsa. Persoalan memukul anak menjadi debat di mana-mana sahaja. Rata-rata tahu bahawa anak yang tidak solat perlu dirotan bila sudah berumur 10 tahun. Perihal rotan ini juga menjadi isu di sekolah hingga merotan pelajar tidak lagi dibenarkan.
Ia semua berkait dengan didikan kita terhadap anak-anak. Persoalan hukum telah kita faham. Mendidik anak itu dibolehkan namun tahap mana harus kekerasan digunakan? Adakah perlu hingga tahap mendera. Di pihak anak-anak pula adakah mereka tahu dan faham. Jika anak belum matang maka agak sukar untuk mereka memahami tujuan ibu bapa mahu mendidik. Lalu rotan dilihat sebagai satu deraan. Sama juga dengan ibu bapa yang mahu mendisiplinkan anak, ada anak yang terasa seperti dikongkong.
Pendek kata membesarkan anak-anak zaman ini memerlukan kesabaran serta cara yang tersendiri. Pengalaman sendiri dalam membesarkan anak-anak sebagaimana tulisan saya sebelum ini saya menggunakan prinsip, lakukan bersama-sama, Jadikan ia satu rutin. Bila ia ,enjadi rutin anak-anak tidak lagi merasa janggal bahkan ia menjadi kebiasaan.
Dari awal perkahwinan rumahtangga kami tiada rotan, tetapi kami menggunakan ketegasan dalam mendidik. Cukup setakat melihat dengan mata, anak-anak tahu kita marah. Maka rotan itu jauh sekali. Di sini ia bergantung bagaimana approach kita dari awal mendidik mereka dari kecil. Jika mereka sudah terbiasa dengan rotan maka adakala mereka sudah menjadi biasa. Lalu bila rotan tidak ditunjukkan maka lambatlah anak-anak mahu bergerak melaksanakan suruhan.
Sama juga ada ibu bapa yang suka menggunakan suara keras, mengherdik dan bercakap kasar dengan anak-anak. Hingga anak-anak kita membesar dalam keadaan sebegitu dan menjadikan mereka menduplikasi apa yang diperbuat oleh ibu bapa. Adakala kita perlu melihat dan muhasabah diri bila anak-anak tidak sebagaimana yang kita harapkan. Segala usaha demi memastikan keluarga berada dalam mawaddah wa rahmah maka tiada lain hanya kepada Allah kita mengharap.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment