Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 9, 2014

Tips hadapi peperiksaan


Bismillah,

Hari ni pastinya ibu ayah penuh debaran. Manakan tidak bagi ibu bapa yang anak menduduki peperiksaan UPSR pasti akan merasa bimbang dengan anak-anak yang mengambil peperiksaan pada hari ni. bagi diri saya sendiri debaran itu ada namun debaran lebih hebat adalah bila anak pertama menghadapinya. Sekarang bila sudah ada beberapa kali anak-anak berdepan peperiksaan maka ia menjadi perkara biasa walau ada kerisauan. Krisauan bukan semata dari segi persediaan namu lebih kepada risau kesihatan dan pemakanan anak sewaktu peperiksaan. Contoh anak saya Iman selalu demam bila dia penat atau terlalu banyak bebanan kerja di sekolah, mudah terkena batuk dan juga alahan.

Peperiksaan UPSR hanya pendedahan pada anak-anak bagi menghadapi cabaran pembelajaran. Ia seperti satu anak tangga, dan UPSR adalah tangga pertama yang perlu didaki bagi  meneruskan pada anak-anak tangga yang seterusnya untuk sampai ke mercu. Bagi yang sudah mengharung berpuluh kali peperiksaan ia satu pengalaman. Dan untuk kali pertama pasti kita merasa amat susah dan untuk yang seterusnya kesusahan itu dapat diserap dengan pengalaman yang ada.

Bagi saya motivasi bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tiada lain perlu mendekatkan diri pada Allah. Banyakkan istighfar dan solat serta zikir. Semakin hampir peperiksaan maka semakin kerap saya mengingatkan anak-anak untuk melakukannya. Ia bukan kekerapan manyuruh anak membaca buku dan mengulangkaji. Anak-anak biasanya sudah tahu tugas membaca dan mengulangkaji, sebagai ibu peranannya adalah mengingatkan anak untuk meletakkan apa sahaja usaha kepada Allah yang Maha Pemberi. Kuat membaca dan rajin berusaha bukan tiket berjaya kerana berjaya juga adalah kehendak Allah jua. Maka tawakkal itu perlu dari awal saat usaha bermula.

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment