Bismillah,
Semalam, tanggal 19 September 2014 hari Jummat merupakan hari yang membawa hiba pada suami serta kami rakan-rakan yang mengenali kerana kehilangan sahabat secara mengejut. Kehilangan beliau amat memberi kesan kepada suami yang sememangnya amat akrab dengan arwah. Kehilangan arwah yang pergi saat bertemu bersama rakan-rakan melepas rindu merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Tangisan seorang lelaki yang meratapi dalam diam perginya sahabat bukan mudah untuk diredakan. Ia pastinya membawa keinsafan dan hikmah tersendiri buat teman-teman yang lain. Benarlah kematian itu sangat dekat. Ia tidak mengira siapa. Janji Allah itu pasti bahawa setiap yang bernyawa akan menemukan maut.
Pengalaman kehilangan orang tersayang pastiya sudah dialami sendiri oleh diri ini. Seusia 9 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Disusuli nenek yang kami cintai. Bahkan sewaktu di universiti salah seorang sahabat juga telah pergi menemui Ilahi lebih awal. Pengalaman yang paling dirasai bila sahabat baik zaman persekolahan pergi secara mengejut kerana terlibat kemalangan adalah peristiwa yang hingga kini memba hiba bila diingati.
Insan yang sering bersama saat suka duka meniti remaja sudahpasti akan dikenang sentiasa. Payah untuk dilupa. Bahkan rasa terkilan akan mengigit rasa. Bila sahabat yang pergi tidak kita temui setelah sekian lama dan berita yang diterima adalah kematian ia sukar untuk diterima.
Damailah engkau di sana wahai sahabat, Moga Allah limpahkah rahmat dan barakah buatmu. Allah ampunkan dosa kami dan satukan kami di syurgamu.
No comments:
Post a Comment