Bismillah,
Jumaat yang barakah hari ini, hujan mencurah turun sejak pukul 4 petang. Saya masih mengadap kerja di ofis. Hati risau seumpama suara huja diluar tingkap. Iman Ihsan sudah masu khari ke-2 demam panas dan batuk. Ia ternyata bukan berita yang bagus sementelah tiga hari lagi Peperiksaan UPSR akan tiba. Namun Iman ternyata kuta semangat, dirasakan badannya kuat dia gagah ke sekolah hari ini kerana katanya cikgu maklumkan wajib hadir kerana perlu susun kerusi meja. Saya yang ada appointment berkejar balik ke rumah sewaktu tengahari mahu memastikan keadaan Iman.
Balik sahaja Iman terus baring kepenatan, badannya panas. Lalu saya memastikan dia makan nasi dan mengambil ubat. Bila beliau sudah tidur lena baru saya ke pejabat semula. Itulah anak, walau di usia 12 tahun beliau sudah mampu berdikari namun di saat begini anak-anak biasanya perlukan ibu. ia agak mencabar bagi ibu yang bekerja. Namun saya seboleh mungkin mahu sentiasa memastikan saat diperlukan saya ada di sisi anak-anak.
Melihat Iman yang sekarang ini mengurus diri sendiri teringat saya masa kecil. Bila ibu terpaksa bekerja semua perkara saya belajar mengurus sendiri. Adakala terpaksa masak nasi sendiri, waktu dulu rumah kami masih tiada dapur gas, masih menggunakan kayu api, bila balik sekolah saya terpaksa masak nasi sendiri. Usia lapan tahun dengan sendiri sudah pandai memasak. Mengurus rumah. Ia satu kenangan yang indah, dan pengalaman yang mahal. Bila mendidik anak-anak maka saya dengan sendiri menerapkan nilai dan konsep berdikari kepada mereka. Anak-anak akhirnya terbiasa dan tahu apa tugas mereka. Memang pada peringkat awal kita rasa agak sukar, Pertanyaan yang ada bolehkah anakku buat ini, tak bahayakah? Contoh iron baju, ia bukan mudah nak membenarkan Iman gosok baju sendiri tapi lama-lama dia makin pandai menguruskan diri. Bangun pagi adakala dia sediakan sendiri cereal.
Saya pernah ditegur mertua kerana Iman lakukan semuanya sendiri. Kata suami biarlah mereka berdikari, yang penting mereka tidak buat hal yang tidak baik. Saya lihat ramai kanak-kanak bila mahu ke sekolah ada sahaja ragammya. Alhamdulillah saya tidak diberikan cabaran sebegitu mungkin kerana diri sendiri sudah belajar berdikari dari kecil dan ini semua mempengaruhi cara anak-anak.
Walauapa jua keadaan sebagai ibu sudah pasti kasih sayang dan kebajikan anak tidak boleh diabaikan dengan hanya slogan berdikari. Untuk mendidik tidak bererti ibu bapa lepas tangan semua perkara. Allah permudahkan kita semua dalam mengurus keluarga.
No comments:
Post a Comment