Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 11, 2014

Soalan UPSR bocor


Bismillah,

Semalam saat mendapat berita soalan Sains bocor saya masih boleh bertahan walaupun rasa geram tu ada, hari ini bila kawan mesej soalan English juga bocor rasa geram makin memuncak. Manakan tidak, perasaan kesian pada anak-anak. Kita ibu amat terasa. Iman Ihsan antara yang menduduki UPSR 2014. Pastinya mereka akan terasa kecewa kerana sudah bersedia, mahu merdeka kerana selepas ini perlu focus kepada PSRA pula. Namun apa yang terjadi sudah pasti takdir pun begitu ia tidak sepatutnya berlaku.

Pagi tadi saya ke sekolah menghantar pencil dan jam tangan Iman yang tertinggal, rupanya ramai ibu bapa yang menunggu anak masuk dewan peperiksaan. Mereka memberi sokongan sebegitu sekali.Sudah pasti ada yang mengambil cuti semata-mata mahu memberi perhatian pada anak-anak.

Pada mereka yang tidak bertanggungjawab, mengejar jumlah dan ranking A pastinya tidak merasa sebagaimana yang dirasai oleh orang lain. Cukuplah pengalaman mengambil SPM 1989 di mana kertas BM terpaksa diambil semula. Ia meragut pergi semangat yang ada. Tidak sangka pisang berbuah dua kali.


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment