Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, September 5, 2014

Bicara buku: 10 buku berpengaruh


Bismillah,

Tuan Yusry Yussop menulis di FB beliau tentang 10 buku yang berpengaruh, beliau menyatakan bahawa beliau lebih mengingati penulis berbanding dengan judul buku. Saya terfikir kata-kata beliau itu. Ada buku-buku yang dibaca tanpa sedar memberi impak yang mendalam pada diri. Saya antara yang suka membaca buku. Sejak kecil saya sudah hantu buku-buku novel yang berat dan tebal. Bahkan Hikayat Ramayana, Merong Mahawangas dan lain-lain buku yang sepertinya menjadi teman buat saya pada usia 7-9 tahun. Paling memberi kesan adalah buku Arni dan Keluarga Gerilya oleh Promoedya Anata Toer, Novel-novel karya Pak Hamka seperti Tenggelamnnya Kapal Vander Vijk. Juga karya sasterawan negara seperti buku Sesudah subuh sebelum senja karya Arenawati jika tidak salah saya.

Selari dengan usia apabila ke sekolah menangah saya mula terpengaruh dengan buku Mills & Boon. Buku Mb jadi bahan bacaan yang menyebabkan saya ketagih. Buku itu biasanya saya pinjam dari kawan saya yang kakaknya guru bahasa Inggeris. Tidak cukup dengan rakan guru saya sendiri membeirkan buku untuk saya baca. Bila naik ke tingakatan 4 saya mula terdedah dengan buku thriller seperti tulisan Virginia Andrews, Danielli Steel dan lain-lain lagi.

Masa berubah, minat juga berubah. Saya mula membaca buku-buku motivasi dan sejarah. Buku karangan Puan Ainon Mohd, dan  yang senagakatan dengannya menjadi bahan pembacaan saya. Bila masuk alam rumahtangga dan kerjaya saya mula meluaskan bacaan saya kepada pelbagai genre. Antara yang memberi impak pada saya dalam menceburi bidang perniagaan adalah buku Membina Imiginasi Cemerlang karangan Dr Tuah Iskandar, manakala buku Pua Ainon Mohd banyak membuka mata saya dalam penulisan terutama buku Berfikir. Manakala buku yang mengubah matlamat hidup saya hampir 100% adalah buku karangan Dr Abdullah Aidh Al Qarni bertajuk Jagalah Allah Allah menjagamu.

Membaca ternyata mampu mengubah persepsi kehidupan. Sekarang ini saya masih meneruskan pembacaan dmei meningkatkan ilmu pengetahuan. Manakala bila menulis ia menambahkan lagi ketajaman minda, Ia bukan nermakna kita lebih tahu tapi sekadar mengingatkkan diri sendiri dan mewarisi pembacaan itu kepada anak-anak cucu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment