Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 13, 2014

Lateral Thinking oleh Puan Ainon Mohd


Bismillah,

Belajar tidak akan ada penamatnya, ia dari dalam buaian hingga ke akhir hayat. Hari ni saya mahu menggali ilmu Lateral Thinking. Alhamdulillah penyampainya adalah Puan Ainon Mohd yang merupakan pakar dalam bab Lateral Thinking. Pada tahun lepas saya menghadiri kelas Pn Ainon untuk tajuk ini. Namun saya percaya setiap kali kelas, seminar atau juga ceramah walaupun dari insan yang sama ia tetap berbeza.

Seminar yang dihadiri kali ini amat berbeza buat saya dibanding kali pertama saya hadir. Ini kerana untuk kali ini saya bukan setakat belajar bahkan saya sedang melakukannya. Apa yang dipelajari terus diamalkan. INI lebih memahamkan konsep Lateral Thinking itu sendiri. Konsep LT amat berbeza kerana ia mengajar kita berfkir secara kreatif dan bukannya berfikir secara kritis. Baik di sekolah atau di universiti kita banyak menggunakan orientasi berfikir secara kritis hingga ia menutup idea dan kreativiti yang ada. Pendidikan hari ni lebih mahukan insan yang pandai menjadi pengikut tapi bukan pencipta. Apabila murid sentiasa di sogokkan dengan persoalan dan tidak memberi peluang mereka menyoal dan mengembangkan minda maka mereka akan membesar dan belajar dalam keadaan ikut dan tiru tanpa mahu mencuba sesuatu yang baru.

Maka bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing, berinovasi serta mampu melahirkan idea-idea hebat maka pelajar perlu diberi peluang untuk menampilkan idea mereka. Maka kita yang dewasa jangan membunuh perasaan ingin mencuba atau mahu memberikan pandangan yang baru. ia perlu didokong dan disaokong dengan cara kita perlu banyak berdiam dari berkata-kata. Kita perlu lebih banyak memberikan tumpuan dan mendengar.

Ada masa kita tidak mampu melihat bahawa idea tersebut adalah terbaik kerana kita sentiasa meletakkan andaian di hadapan. Bagi memastikan cara berfikir secara lateral dapat dilakukan maka kita perlu "delay judgement" iaitu tidak membuat andaian terhadap apa yang berlaku. Ia tidak mudah kerana manusia sudah biasa berpersepsi dengan mindanya, namun jika mahu berjaya maka itulah yang perlu dilakukan. 

No comments:

Post a Comment