Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 20, 2014

Mengurus pusaka waris setelah kematian


Bismillah,

Hari ini masuk hari ke-3 pemergian sahabat suami Mustapha Kamal Ismail. Semalam selepas tahlil arwah, bapanya membisikkan pada suami agar membantu mengurus harta peninggalan arwah. Alhamdulillah ada rakan yang bergelar peguam dan mempunyai firma guaman berdekatan dengan rumah boleh menguruskan hal-hal berkaitan.

Hari ni sepagi kami rakan-rakan berada di rumah arwah berbincang bagaimana dan apa yang perlu dilakukan kepada harta peninggalan baik urusan rumah, kereta, insurance dan sebagainya. Isteir arwah amat bertuah kerana ramai rakan-rakan yang mahu membantu menguruskan semua ini. Ada ramai yang bila kematian suami maka mereka kehilangan punca bagaimana meneruskan hidup dan mengurus tinggalan arwah.

Menurut isteri arwah sebelum ini segala hal berkait pembayaran loan, semua bil-bil, rumah, kereta dan simpanan semuanya diurus suami. Dia sendiri tidak pernah mengambil tahu tentang dokumen dan sebagainya. Maka adalah terbaik hal-hal ini diserahkan kepada peguam untuk mengendalikan. Ia lebih mudah dan effektif. Bayaran peguam mungkin lebih berbaloi dari menguruskan sendiri yang tentunya akan mengambil masa, tenaga serta duit ringgit. Sedangkan si isteri masih dalam terkejut apalagi mahu mengurus hal ehwal rumahtangga.

Balu yang kematian suami ramai yang bila suami meninggal mengejut tidak tahu bagaimana mahu bermula, apalagi jika semua hal diurus oleh suami. Interview yang dijalankan keatas participant dalam kajian PhD saya juga menunjukkan balu yang kehilangan suami perlu mengambil masa untuk adjust kehidupan yang baru.

Cara terbaik adalah bertanya kepada orang-orang yang pakar berkait harta pusaka dan juga apa sahaja hutang bank, pinjaman dan sebagainya yang ditinggalkan arwah. Ini membantu supaya isteri tidak teraba-raba menguruskan semuanya.
In sya Allah posting yang seterusnya saya akan berkongsi tentang bagaimana balu mengurus emosi.

No comments:

Post a Comment