Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, December 13, 2014

Kewajipan menutup aurat



Bismillah,

Sebut perkataan aurat rata-rata akan membayangkan perlu menutup kepala agar rambut tidak dilihat oleh ajnabi. Maka kita akan lihat ramai yang bertudung, Alhamdulillah ia perkara yang amat bagus kerana ramai yang ada kesedaran. Namun begitu kita juga perlu memahami aurat bukan semata menjaga dan menutup kepala tetapi aurat juga perlu dijaga dari segi penampilan dan susuk tubuh. Dewasa ini ramai  yang menutup aurat tetapi memakai baju sendat dan jarang boleh dilihat susuk badannya.


Friday, December 12, 2014

Adab berdoa

๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’
FIQH DOA-
Petikan Dari Kuliah Subuh Dr AAM - FIQH DOA, 13 Dec 2014

๐Ÿ”ถุถูˆุงุจุท ุงู„ุฏุนุงุก
Protokol/Adab Berdoa:
๐Ÿ’ŽFirman Allah SWT:
{ุงุฏْุนُูˆุง ุฑَุจَّูƒُู…ْ ุชَุถَุฑُّุนًุง ูˆَุฎُูْูŠَุฉً ุฅِู†َّู‡ُ ู„َุง ูŠُุญِุจ ุงู„ْู…ُุนْุชَุฏِูŠู†َ.
ูˆَู„َุง ุชُูْุณِุฏُูˆุง ูِูŠ ุงู„ْุฃَุฑْุถِ ุจَุนْุฏَ ุฅِุตْู„َุงุญِู‡َุง ูˆَุงุฏْุนُูˆู‡ُ ุฎَูˆْูًุง ูˆَุทَู…َุนًุง ุฅِู†َّ ุฑَุญْู…َุชَ ุงู„ู„َّู‡ِ ู‚َุฑِูŠุจٌ ู…ِّู†َ ุงู„ْู…ُุญْุณِู†ِูŠู†َ} ุงู„ุฃุนุฑู: ูฅูฅ-ูฅูฆ
{55. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
56. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.} [Al-A'raf: 55-56]
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’
Kesimpulan:
1⃣ Hendaklah berdoa dan meminta kepada Allah swt semata-mata. Bukan kepada selain-Nya. Ini kerana doa itu ibadat.
2⃣ Ikhlaskan doa dan niat kepada Allah Azza wa Jalla.
3⃣ Berdoa dalam keadaan merendah diri, penuh rayuan dan pengharapan kepada Allah swt. Jangan gopoh dan mengharapkan balasan segera.
4⃣ Berdoa dengan suara perlahan, tidak dengan suara keras dam bising. Kerana doa itu adalah munajat(perlahan/berbisik).
5⃣ Jangan melampau dan berlebihan dalam berdoa.
6⃣ Jangan biarkan doa terhalang akibat perbuatan kita sendiri.

⚡⚡⚡Antara penghalang doa:
๐ŸŒ‘Makan benda haram / dari sumber yang haram.
๐ŸŒŠ Memutuskan silatur-rahim, iaitu hubungan kekeluargaan.

๐Ÿ’›๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿ’š❤๐Ÿ’—


Sent from my iPhone

Monday, December 8, 2014

Toleransi dalam rumahtangga



Bismillah,

Hari ini saya dijemput menjadi panel untuk tajuk di atas oleh rancangan Feminin di TV1, RTM. Isu-isu rumahtangga sememangnya pelbagai, salah satunya bagaimana perlu memastikan toleransi itu tidak bertukar menjadi buli.

Sememangnya toleransi amat penting bukan semata-mata untuk rumahtangga. Bahkan sifat toleransi dikalangan staf, sahabat handai serta masyarakat amnya amat perlu bagi mengelakkan timbulnya konflik. Apakah sebenarnya toleransi dalam bahasa yang mudah? Pada hemat saya toleransi adalah sifat yang ada dan perlu ada pada individu dalam konteks boleh memberi dan boleh juga menerima. Ia satu keadaan dimana kita menjadi orang yang flexible tidak rigid.

Toleransi bukan bermakna hingga membawa kepada buli, ia lebih kepada memberi dan menerima pada masa yang tepat dan mengikut syariat. Seorang isteri atau suami yang ada sifat toleransi sudah pasti amat arif dan tahu akan tanggungjawab yang perlu digalas. Ia merupakan satu yang dikatakan mutual understanding antara suami isteri dalam melaksankan tanggungjwab kepada keluarga. Bila boleh saling memberi dan menerima maka tidak banyak isu akan timbul.

Umpama seorang isteri yang bekerja, apabila pulang ke rumah dalam keadaan penat, harus pula melayan keluarga, anak-anak yang perlu diurus dan sebagainya maka di sini suami yang memahami akan ada sifat prihatin dengan situasi isteri. Suami akan menghulur bantuan mana yang perlu dan tidak hanya duduk menunggu isteri menyiapkan segalanya sambil membaca akhbar dan menhirup kopi. Rumahtangga yang bahagia perlu ada pembahagian tugas, ia bukan tanggungjawab individu. Ada tugas dan tanggungjawab suami dan ada juga tanggungjawab isteri. Oleh itu bila masing-masing perlu menyokong satu sama lain agar ia menjadi ringan dan mudah.

Maka toleransi perlu ada pada setiap individu. Ia konsep give and take yang perlu diterap pada semua ahki keluarga. Menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada tidak bermakna kalah bahkan ia merupakan konsep meraikan satu sama lain atau 'compliment each other' bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Wallahuaalam.


Thursday, December 4, 2014

Travelog Kenangan Iman Ihsan


Bismillah,

Entah mengapa hari ini jari jemari menyusuri photo-photo lama yang ada di FB. Terlihat gambar-gambar zaman persekolahan Iman Ihsan. Hati terasa sayu. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Iman yang di depan mata ternyata bukan lagi anak kecil. Iman sudah menuju kedewasaan. Sepurnama masa Iman akan berada di sekolah menengah. Iman Ihsan seluruh hidupnya adalah inspirasi diri daam mencari dan mengenal erti hidup. Iman adalah satu eksperimen kehidupan bagi diri dalam bagi merealisaisikan impian seorang bergelar ibu yang mahu anak berjaya dunia dan akhirat.
Iman Ihsan! Namanya sering tertera sebelum ia dilahirkan ke dunia. Ia satu perjalanan pengalaman yang akhirnya dirakamkan dalam buku pertama tulisan saya bertajuk Motivasi 3i. ISLAM IMAN IHSAN Formula kejayaan hakiki dan abadi.
Kelahiran Iman adalah kelahiran yang ditunggu dan dinantikan dek kerana mahukan cahaya mata lelaki setelah dua cahayamata perempuan dianugerhakan kepada kami suami isteri. Sebelum mengandungkan Iman saya merupakan guru Pendidikan Islam. Perjalanan ke sekolah yang jauh dari rumah memberi peluang saya belajar. Belajar dari pendengaran dan perkongsian. Usai Subuh saya sudah keluar untuk ke sekolah. Maka setiap pagi ceramah agama adalah juadah telinga saya. Radio IKIM menjadi kegemaran. 

Perkahwinan adalah Projek Mega



Bismillah,

In sya Allah. Minggu depan saya dijemput menjadi panel rancangan Feminin TV 1 membincangkan yang bertajuk Toleransi dalam Rumahtangga. Topik ini pernah saya rakamkan satu waktu dahulu. Pembaca boleh layarinya di sini:
http://travelogempayarjiwa.blogspot.com/2012/04/sehari-dua-ini-saya-menerima-keluh.html

Pembaca budiman,

Perkahwinan merupakan satu projek mega. Ia bukan semata projek mega yang diadakan dihari perkahwinan. Bahkan perkahwinan adalah projek mega yang dari awal perlu dirancang segalanya. Ibarat membina sebuah bangunan yang semuanya perlu dirancang dari awal dari plan bangunan, bahan-bahan yang diperlukan, pekerja yang cekap dalam pembinaan, piling, susun atur serta kekemasan. Hingga ia menjadi bangunan yang megah berdiri.

Begitu jua perkahwinan. Ia dari awal perlu di pastikan. Kefahaman tentang konsep perkahwinan, persediaan diri, pemilihan pasangan, latar belakang keluarga pasangan, perancangan dan matlamat rumahtanggan idaman semuanya perlu dipastikan. Ia bukan semata memuaskan keinginan atau sekadar menamatkan bujang. Ramai yang berimpian rumahtangga bahagia, kekal hingga ke syurga. Maka sebelum berkahwin rancanglah sebaik-baiknya. Perkahwinan adalah perjalanan kehidupan hingga akhir hayat yang membawa ke akhirat.


Wallahuaalam

Monday, December 1, 2014

Temuduga Tahfiz SBPI

Bismillah,

Ada ketika kita diuji dengan keadaan yang diluar kawalan kita. Hari ini semuanya seperti tidak kena, kelam kabut dan huru hara rasanya. Al kisah hari sabtu mendapat panggilan dari SBPI untuk temuduga Tahfiz Modul Ulul Al Bab. Ringkanya TMUA. Macam tidak percaya kerana baru sahaja terima keputusan UPSR. Setelah mendapat panggilan saya menyerahkan semuanya pada Ieman untuk pastikan semua keperluan sijil disediakan.

Ahadnya terpaksa menghantar kakaknya ke pendaftaran semester baru, pagi hingga petang ada pula program open day tadika ABS Al Ihsan. Pada waktu tengahari pula program graduation day Ieman. Petang terpaksa bersama COO Tadika ABS yang melawat tadika. Malamnya singgah di Akademi Al Quran berurusan dengan staf. Malam baru sampai rumah. Untuk meyemak keperluan temuduga tahfiz Ieman tidak berkesempatan.

Pagi tadi seawal pagi sudah bersiap, bila saya mengambil sijil-sijil semua baru perasan yang ia tidak disusun, ada lagi result sepanjang berada di SK dan SK Agama tidak diletak sekali. Kemudian baru saya perasan IC pula tiada yang salinan. Apalagi bila mahu naik ke kereta, Ieman memakai baju sekolah agama dan bukan baju sekolah kebangsaan. Maka terpaksa menunggu untuk beliau menggosok dan menukar baju.

Bila sampai pertengahan jalan keluar dari taman baru perasan Ieman tertinggal pensil box. Entah mengapa saya teringin melihat sms yang diberi, baru perasan yang perlu ada juga slip gaji. Maka terpaksa menunggu suami untuk menghantar ke simpang jalan. Dalam keadaan jalan yang agak jem diwaktu pagi maka saya terpaksa memecut ke SBPI Rawang.

Sampai di SBPI sudah berduyun yang menunggu beratur untuk mendapatkan giliran. Saya pula teringat ic belmu di photocopy terus naik ke pejabat minta bantuan keranai. Beliau pada mulanya agak terkejut sebab bimbang ada ibu bapa lain yang meminta khidmat yang sama. Alhamdulillah keraninya sangat baik, maka saya dapat menyelesaikan masalah ic.

Sewaktu menunggu angka giliran saya mendapat tahu yang sijil perlu diberi salinan dan tidak hanya yang asal. Maka bertambah lagi satu cabaran. Oleh kerana masa suntuk maka saya fikir kemudian akan diberi salinan. Iman perlu menghadiri ujian saringan bertulis. Manakala ibu bapa dipanggil untuk diberi taklimat.

Hampir 10.30 taklimat selesai. Saya bergegas ke kantin mengisi perut yang berkeroncong. Teringat Ieman. Kelibat pelajar tidak kelihatan. Rupanya mereka sudah masuk kelas. Menunggu masa berlalu saya bersembang dengan kenalan yang juga menghantar anaknya. Kami satu sekolah, satu taman maka banyak yang dibualkan tentangp endidikan anak-anak.

Melihat jam sudah pukul 12, saya terfikir Ieman mesti sudah lapar dan dahaga. Tidak minum pagi dan tidak makan. Pastinya perut akan bergelora. Bagaimana mahu menghafal jika perut lapar. Maka saya membuat keputusan mencari Iman ke bilik-bilik. Nasib baik guru-guru tidak terlalu strict. Dapat juga saya bertemu Ieman dan menghulurkan air. Jam satu baru nampak kelibat Iman. Wajahnya ceria sahaja, Bila ditanya bagaimana temuduga, jawapan Iman seperti biasa Ok. Pelajar perlu menghafal 10 ayat dalam masa 20 minit.

Moral of the story:
Persediaan awal perlu unutk temuduga.
Makan alas perut atau snek perlu ada dalam kereta
Dokumen penting perlu ada salinan.