Bismillah,
Entah mengapa hari ini jari jemari menyusuri photo-photo lama yang ada di FB. Terlihat gambar-gambar zaman persekolahan Iman Ihsan. Hati terasa sayu. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Iman yang di depan mata ternyata bukan lagi anak kecil. Iman sudah menuju kedewasaan. Sepurnama masa Iman akan berada di sekolah menengah. Iman Ihsan seluruh hidupnya adalah inspirasi diri daam mencari dan mengenal erti hidup. Iman adalah satu eksperimen kehidupan bagi diri dalam bagi merealisaisikan impian seorang bergelar ibu yang mahu anak berjaya dunia dan akhirat.
Iman Ihsan! Namanya sering tertera sebelum ia dilahirkan ke dunia. Ia satu perjalanan pengalaman yang akhirnya dirakamkan dalam buku pertama tulisan saya bertajuk Motivasi 3i. ISLAM IMAN IHSAN Formula kejayaan hakiki dan abadi.
Kelahiran Iman adalah kelahiran yang ditunggu dan dinantikan dek kerana mahukan cahaya mata lelaki setelah dua cahayamata perempuan dianugerhakan kepada kami suami isteri. Sebelum mengandungkan Iman saya merupakan guru Pendidikan Islam. Perjalanan ke sekolah yang jauh dari rumah memberi peluang saya belajar. Belajar dari pendengaran dan perkongsian. Usai Subuh saya sudah keluar untuk ke sekolah. Maka setiap pagi ceramah agama adalah juadah telinga saya. Radio IKIM menjadi kegemaran.
Pada tahun tersebut saya diamanahkan untuk mengajar 12 kelas tingakatan 5. Serta 2 kelas Tasawwur Islam. Ia satu bebanan dan tanggungjwab yang berat. Ini kerana pada tahun sebelumnya hanya 2 orang pelajar yang mendapat A untuk mata pelajaran tersebut. Maka bermula satu episod perjuangan. Salah satu tajuk yang ada dalam syllbus tingkatan 5 adalah hadith 40 bertajuk Islam Iman Ihsan. Mengajar bererti saya juga harus mendalami dan memahami serta mempraktikkannya. Tahun yang sama saya disahkan hamil.
Ia kehamilan yang dinanti kerana kami sememangnya merancang. Solat hajat dan doa kami panjatkan agar diberi anak yang soleh. Setiap hari saya berkomunikasi dengan Iman. Perut itu dibelai dan diperdengaran ayat-ayat suci. Setiap hari saya berpesan agar anak dalam kandungan ini satu masa menjadi Al Hafiz. Genap 9 bulan dalam kandungan maka kelahiran seorang cahayamata lelaki menambahkan kegembiraan buat kami. Lalu tiada yang terindah melainkan yang indah Iman Ihsan diberi nama. Ia banyak peristiwa kegembiraan. Kami bersyukur dengan pemberian ini.
Iman Ihsan dari usia kecil tiada banyak kerenah. Tangisannya jarang didengari. Sifatnya agak pendiam, Tidak banyak bercakap kecuali jika mahu berkata sesuatu. Beliau susah untuk didekati kecuali orang yang dikenali. Iman biarpun menjadi anak bongsu tapi dia tidak merengek, tidak meminta-minta. Jika mahu apa-apa sukar disuarakan. Sifatnya itu menyebabkan susah mahu diteka apa yang ada dimindanya. Iman amat rapat dengan Bibik Agan, namun bila Ummi balik dari kerja dia sudah tidak mahu dengan orang lain. Hanya berada di ribaaan ummi sahaja.
Kali pertama menghantar Iman ke tadika dia sukar mahu bergaul. Lama kelamaan dia serasi. Sejak kecil Iman diajar membaca Al Quran. Genap 6 tahun Iman khatam Al Quran. Sejak kecil juag Iman diperingatkan agar menjadi Hafiz. Maka dia disuruh menghafal surah-surah pendek yang mampu. Di tadika, Iman ternyata tidak mampu bergaul dan berkomunikasi dengan baik. Dia tidak mahu bercakap. Hingga satu ketika dia tidak mahu menyatakan hasrat ke bilik air. Catatan guru tadikanya yang masih di simpan : An intelligent boy. Lack of comunication skill. Namun Iman hebatnya mampu berada di atas stage membuat persembahan
dan mengetuai rakan-rakanya. Orangnya kecil, pendiam ternyata amat berbakat.
Sampai masanya Iman masuk ke Darjah Satu di Sek Keb Saujana Utama. Teruja berada di sekolah rendah. Iman antara kanak-kanak yang kecil. Di sekolah rendah Iman tidak terlalu menyerlah dari segi sukan namun dia berpotensi dalam Ilmiah. Menjadi wakil pidato, khutbah, hafazan, tilawah,nasyid dan pelbagai lagi. Melihat Iman yang pendiam sememangnya tidak disangka ada bakat yang terpendam. Sepanjang persekolah Iman setiap tahun menjadi wakil sekolah dan juga sentiasa senarai sebagai penerima anugerah cemerlang. Walau bukan yang pertama namun Iman tetap mengukir nama.
Iman terpilih menjadi pengawas sekolah sejak darjah 2 hingga tamat darjah enam. Jawatan Penolong Ketua Pengawas 1 dan Pembaca Doa tertera pada sijil tamat sekolahnya. Paling memberi kenangan Iman tercalon sebagai Tokoh Kanak-Kanak. Iman bukan pelajar yang paling genius atau yang terbaik namun dia ada potensi tersendiri. Da tidak dipaksa belajar, bahkan diberi kebebasan untuk belajar caranya sendiri. Namun kewajipan yang paling utama adalah menjaga solat dan membaca seta menghafaz Al Quran menjadi keutamaan.
Sebagai ibu saya tidak mendambakan kejayaan akademik lebih dari kejayaan dalam membaca dan mengahfaz Al Quran. Jika dianalisa itulah yang banyak membantu Iman belajar dan mengingati pembelajaran. Menghafaz al Quran menjadikan dia mudah belajar. Selain itu penjagaan pemakanan sejak kecil dengan mengelakkan makanan junk food atau makanan segera membantu Iman untuk memnpuyai tahap ingatan yang baik.
Dek kerana terbiasa dengan nashat memilih makanan yang baik maka KFC bukan makanan kegemaran, tidak juga menjadi makanan yang dipinta. Iman juga tersauh dengan bersederhana. Dia diajar untuk menggunakan apa yang ada. Maka ada ketika berbaju lusuh dan berkasut koyak tidak membuatkan dirinya malu. Bahkan Iman menjadi pelajar yang berjimat walau begitu ada sekali sekala dia membeli apa yang dimahukan. Iman Ihsan adakala seorang anak yang penuh misteri kerana banyak yang dirahsiakan. Pun begitu ada masa diceritakan apa yang tersirat dan tersurat saat leka dalam cerita. Setiap kali ke sekolah ciuman dan pelukan adalah bekalan yang wajib dari Ummi.
Hari ini Iman sudah menuju dewasa, Ia mengingatkan ummi betapa cepat masa berlalu. Ummi akan terkenang anak kecil ummi yang sering tersenyum. Suka bergimnastik sendirian. Ummi akan ingat Iman Ihsan yang tidak kedengaran tangisan namun airmata mengalir dipipi saat sedih akan sesuatu. Ummi akan rindu dengan rajuk Iman yang tidak siapa tahu walau Ummi faham. Doa Ummi buat Iman. Jadi anak soleh. Iman Ihsan Al Hafiz. Jadi anak yang sentiasa mejaga aqidah dan syariat Islam. Menjadi Daie membawa misi ketuhanan mengajak insan ke jalan kebenaran.
Wallhuaalam.
No comments:
Post a Comment