Ada ketika kita diuji dengan keadaan yang diluar kawalan kita. Hari ini semuanya seperti tidak kena, kelam kabut dan huru hara rasanya. Al kisah hari sabtu mendapat panggilan dari SBPI untuk temuduga Tahfiz Modul Ulul Al Bab. Ringkanya TMUA. Macam tidak percaya kerana baru sahaja terima keputusan UPSR. Setelah mendapat panggilan saya menyerahkan semuanya pada Ieman untuk pastikan semua keperluan sijil disediakan.
Ahadnya terpaksa menghantar kakaknya ke pendaftaran semester baru, pagi hingga petang ada pula program open day tadika ABS Al Ihsan. Pada waktu tengahari pula program graduation day Ieman. Petang terpaksa bersama COO Tadika ABS yang melawat tadika. Malamnya singgah di Akademi Al Quran berurusan dengan staf. Malam baru sampai rumah. Untuk meyemak keperluan temuduga tahfiz Ieman tidak berkesempatan.
Pagi tadi seawal pagi sudah bersiap, bila saya mengambil sijil-sijil semua baru perasan yang ia tidak disusun, ada lagi result sepanjang berada di SK dan SK Agama tidak diletak sekali. Kemudian baru saya perasan IC pula tiada yang salinan. Apalagi bila mahu naik ke kereta, Ieman memakai baju sekolah agama dan bukan baju sekolah kebangsaan. Maka terpaksa menunggu untuk beliau menggosok dan menukar baju.
Bila sampai pertengahan jalan keluar dari taman baru perasan Ieman tertinggal pensil box. Entah mengapa saya teringin melihat sms yang diberi, baru perasan yang perlu ada juga slip gaji. Maka terpaksa menunggu suami untuk menghantar ke simpang jalan. Dalam keadaan jalan yang agak jem diwaktu pagi maka saya terpaksa memecut ke SBPI Rawang.
Sampai di SBPI sudah berduyun yang menunggu beratur untuk mendapatkan giliran. Saya pula teringat ic belmu di photocopy terus naik ke pejabat minta bantuan keranai. Beliau pada mulanya agak terkejut sebab bimbang ada ibu bapa lain yang meminta khidmat yang sama. Alhamdulillah keraninya sangat baik, maka saya dapat menyelesaikan masalah ic.
Sewaktu menunggu angka giliran saya mendapat tahu yang sijil perlu diberi salinan dan tidak hanya yang asal. Maka bertambah lagi satu cabaran. Oleh kerana masa suntuk maka saya fikir kemudian akan diberi salinan. Iman perlu menghadiri ujian saringan bertulis. Manakala ibu bapa dipanggil untuk diberi taklimat.
Hampir 10.30 taklimat selesai. Saya bergegas ke kantin mengisi perut yang berkeroncong. Teringat Ieman. Kelibat pelajar tidak kelihatan. Rupanya mereka sudah masuk kelas. Menunggu masa berlalu saya bersembang dengan kenalan yang juga menghantar anaknya. Kami satu sekolah, satu taman maka banyak yang dibualkan tentangp endidikan anak-anak.
Melihat jam sudah pukul 12, saya terfikir Ieman mesti sudah lapar dan dahaga. Tidak minum pagi dan tidak makan. Pastinya perut akan bergelora. Bagaimana mahu menghafal jika perut lapar. Maka saya membuat keputusan mencari Iman ke bilik-bilik. Nasib baik guru-guru tidak terlalu strict. Dapat juga saya bertemu Ieman dan menghulurkan air. Jam satu baru nampak kelibat Iman. Wajahnya ceria sahaja, Bila ditanya bagaimana temuduga, jawapan Iman seperti biasa Ok. Pelajar perlu menghafal 10 ayat dalam masa 20 minit.
Moral of the story:
Persediaan awal perlu unutk temuduga.
Makan alas perut atau snek perlu ada dalam kereta
Dokumen penting perlu ada salinan.
No comments:
Post a Comment