Bismillah,
Hari ini saya dijemput menjadi panel untuk tajuk di atas oleh rancangan Feminin di TV1, RTM. Isu-isu rumahtangga sememangnya pelbagai, salah satunya bagaimana perlu memastikan toleransi itu tidak bertukar menjadi buli.
Sememangnya toleransi amat penting bukan semata-mata untuk rumahtangga. Bahkan sifat toleransi dikalangan staf, sahabat handai serta masyarakat amnya amat perlu bagi mengelakkan timbulnya konflik. Apakah sebenarnya toleransi dalam bahasa yang mudah? Pada hemat saya toleransi adalah sifat yang ada dan perlu ada pada individu dalam konteks boleh memberi dan boleh juga menerima. Ia satu keadaan dimana kita menjadi orang yang flexible tidak rigid.
Toleransi bukan bermakna hingga membawa kepada buli, ia lebih kepada memberi dan menerima pada masa yang tepat dan mengikut syariat. Seorang isteri atau suami yang ada sifat toleransi sudah pasti amat arif dan tahu akan tanggungjawab yang perlu digalas. Ia merupakan satu yang dikatakan mutual understanding antara suami isteri dalam melaksankan tanggungjwab kepada keluarga. Bila boleh saling memberi dan menerima maka tidak banyak isu akan timbul.
Umpama seorang isteri yang bekerja, apabila pulang ke rumah dalam keadaan penat, harus pula melayan keluarga, anak-anak yang perlu diurus dan sebagainya maka di sini suami yang memahami akan ada sifat prihatin dengan situasi isteri. Suami akan menghulur bantuan mana yang perlu dan tidak hanya duduk menunggu isteri menyiapkan segalanya sambil membaca akhbar dan menhirup kopi. Rumahtangga yang bahagia perlu ada pembahagian tugas, ia bukan tanggungjawab individu. Ada tugas dan tanggungjawab suami dan ada juga tanggungjawab isteri. Oleh itu bila masing-masing perlu menyokong satu sama lain agar ia menjadi ringan dan mudah.
Maka toleransi perlu ada pada setiap individu. Ia konsep give and take yang perlu diterap pada semua ahki keluarga. Menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada tidak bermakna kalah bahkan ia merupakan konsep meraikan satu sama lain atau 'compliment each other' bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment