Bismillah,
Sebut perkataan aurat rata-rata akan membayangkan perlu menutup kepala agar rambut tidak dilihat oleh ajnabi. Maka kita akan lihat ramai yang bertudung, Alhamdulillah ia perkara yang amat bagus kerana ramai yang ada kesedaran. Namun begitu kita juga perlu memahami aurat bukan semata menjaga dan menutup kepala tetapi aurat juga perlu dijaga dari segi penampilan dan susuk tubuh. Dewasa ini ramai yang menutup aurat tetapi memakai baju sendat dan jarang boleh dilihat susuk badannya.
Saya ingat bila hari Isnin yang lepas bersembang dengan Iman, sambil bertanya: " Iman ummi pakai jubah ini untuk rancangan Feminin sesuaikah?" Lalu jawab Iman: " Boleh asalkan tudung ummi labuh". Kanak-kanak yang berusia 12 tahun sudah arif tentang aurat maka kita sebagai ibu perlu lebih prihatin. Anak-anak melihat gaya pemakaian si ibu. Itu yang kita pakai maka biasanya itulah yang anak kita akan pakai. Jika ibu tidak membiasakan dengan berstokin maka si anak juga akan telanjang kakinya. Walau ada dua pendapat maka kita pilih yang terbaik. Sama juga dengan tudung, jika ibu memakai tudung singkat menampakkan dada, maka si anak akan mengikut. Pun begitu ada anak yang lebih faham dari si ibu tentang kewajipan menutup aurat yang betul-betul mengikut syariat Islam. Ada juga ibu yang bertudung litup namun anak pula tidak mahu mengikut ajaran. Sebagai ibu bapa kita berusaha memberikan contoh teladan yang baik agar anak-anak dapat mengikut dan memelihara syariat Islam.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment