#celikilmu hari ini memperkatakan tentang #ihsan dengan mengupas hadith ke 17 dari #hadith40 :
💐 Allah memerintahkan agar beramal dengan amalan ihsan. Al Ihsan adalah memenuhi perbuatan baik kepaada semua insan termasuk alam.
Ayat ini menyeru agar insan bertindak adil. Ayat ini biasa dibaca pada akhir khutbah Jummat.
Selain itu Allah menyeru insan berlaku ihsan ini ada dijelaskan dalam Surah [Al Baqarah :125]
Selain iru banyak lagi seruan Allah agar hambanya berbuat ihsan.
وبالوالدين احسانا...
Membuat ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Hadith Rasulullah juga menyeru agar berbuat ihsan kepada binatang.
فاذا زبحتم...
Ihsan ini perlu mengajar kita menjaga aqidah dan ibadat.
Kita tidak mahu aqidah dan ibadah yang cacat. Ia aset yang dibawa ke alam akhirat.
Aset pahala amat diperlukan, ia bukan harta menggunung maka jadika duit ringgit yang ada dalam bentuk pahala.
Amalan asas selepas syahadah ada 4. Solat yang sempurna, puasa yang diterima, zakat yang banyak, untuk bekal akhirat rm7.00 setahun dengan zakat fitrah maka pastinya amat sedikit, haji hanya sekali dalam
setahun, maka berusahalah untuk menjadi golongan yang mampu.
Aset itu adalah buat yang mampu sebaik mungkin.
Haji hanya sekali sepanjang hayat.
🌺 Nabi berkata bila aku katakan tinggal maka tinggallah semuanya, dan apa tang disuruh buatla apa yang kamu mampu.
🌺 Melaksanakan ihsan itu amat dituntut. Suasana kita sudah 1400 tahun antara kita dengan Rasul. Antara Al Ihsan yang perlu diambil perhatian:
1.Buat apa yang disuruh sekadar yang mampu
2.Tinggal segala larangan secara total.
3.Melayani orang lain sebaik-baik layanan. Penuhi setakat yang mampu terutama dalam hal tanggungjawab baik ibu bapa atau sebagai ketua.
Asas yang penting adalah perlakuan Al Ihsan.
ان الله يحبوا المحسنون
Konteks ihsan dalam tugasan harian adalah sangat asas, maka wajib berbuat baik dalam kehidupan termasuk semua urusan baik dalam sektor pertanian, industri, perubatan dan lain-lain perlu dengan dedikasi dan sempurna.
Maklumat PERAWI:
⭐️Berkasih sayang atau ar rahmah adalah satu ajaran yang amat besar.
⭐️Hadith ke 17 yang di riwayat oleh Shaddad bin Aus. Dari suku Khazraj.
⭐️Pembela kepada Nabi digelar golongan Ansar, Shaddad adalah seorang anak saudara kepada penyair yang terunggul Hissan bin Thabit.
⭐️Beliau banyak menguasai ilmu dan dilantik menjadi Gabenor di Sham.
⭐️Sewaktu berlaku zaman fitnah beliau menetap di BaitulMaqdis dan meninggal pada 57H di usia 75 tahun.
#motivasi3i
#islamimanihsan
Dipetik dari perkongsian:🍁
Dr Fauzi Deraman
Celik Hadith,
TV Hijrah.
No comments:
Post a Comment