SOLUSI MASALAH KEWANGAN
=========================
Ramai dikalangan kita apabila tersepit dengan masalah kewangan akan membawa kepada masalah lain seperti tekanan perasaan, masalah rumahtangga, hilang keyakinan diri dan pelbagai lagi.
Bagi menyelesaikan masalah ini pastinya ada pelbagai cara yang dilakukan. Namun banyaknya menemukan jalan buntu. Walaupun begitu ada satu cara yang telah ditunjukkan dalam al Quran.
Bagi mendapat rezeki yang melimpah ruah dan berkat, maka individu perlu melaburkan harta yang ada pada jalan Allah. Bahkan semakin kita susah semakin banyak kita perlu amalkan sedekah agar rezeki diperluaskan oleh Allah.
Firman Allah dalam Surah At Talaq ayat 7,
....dan orang yang terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan".
Ayat ini menyatakan bagi yang dalam keadaan rezeki yang diharap tidak kunjung tiba maka, kita digalakkan berinfak. Setiap ujian ada hikmah dan sesuai dengan dirinya. Setelah hadir kesusahan akan ada kesenangan.
Bila kita paksa diri untuk bersedekah pasti ada ganjaran dari Allah. Cepat atau lambat Allah akan lapangkan rezeki. Ia hadir dengan cara tersendiri.
Dari pengalaman orang lain, kita boleh menggunakan pelbagai cara untuk bersedekah. Bahkan mendidik diri kita untuk jadikan sedekah sebagai rutin harian.
Teknik Bersedekah
-------------------------
Antara teknik bersedekah yang boleh diaplikasi, ia adalah amalan individu-individu tertentu yang boleh dicontohi:
1) Sedekah kepada anak-anak dengan melazimi memberi duit-duit kecil. Sediakan duit kecil, maka kita terbiasa bersedekah setiap hari.
2) Bila membeli barang ajarkan diri untuk tidak ambil baki.Halalkan baki.
3) Bagi yang agak mampu, atau kaya duit RM50 dan RM100 itu dikira duit sendiri. Jika ada baki rm10 dan lain itu dikira duit surau atau masjid.
4) Ada juga yang bersedekah kepada binatang dengan cara tersendiri. Pergi restoran untuk makan boleh ambil dua ekor ikan, seekor untuk diri sendiri tapi seekor lagi untuk kucing. Mana tahu makhluk yang tak berdosa boleh doakan.
Kisah disebalik sedekah:
--------------------------------
Seorang hamba Allah dalam kesempitan, rezeki saat itu amat sempit, satu ketika waktu solat Jumaat beliau terfikir untuk menggandakan sedekah pada masjid. Beliau teringat pesanan dalam al Quran.
Sewaktu tiba tabung masjid di hadapannya maka dia mengeluarkan note yang ada iaitu R300 dari wallletnya. Katanya itulah solat Jumaat yang paling tidak kyusuk dalam hidupnya.
Pelbagai perkara menerjah minda, terfikir untuk jumpa Imam memaklumkan yang tersilpa keluarkan note RM100. Pendek kata ada pelbagai hasutan syaitan yang datand dalam fikrian sewaktu solat.
Apabila selesai dia cepat-cepat keluar dari masjid, bimbang takut kaki melangkah jumpa Imam. Beliau yakin janji Allah itu benar. Pulang ke pejabat dia mendapat satu email dari luar negara. Rupanya beliau mendapat pesanan barang sebanyak 10 ribu.
Allahu Akbar janji Allah itu benar.
Moral of the story
-----------------------
Bersyukur apabila Allah uji dengan kesempitan. Masa untuk muhasabah, Jangan takut dengan kekurangan duit ringgit.
Binalah tawakkal yang tinggi pada Allah, usaha perlu berterusan. Ingatkan kisah Saidina Ali dan Siti Fatimah yang hebat dalam bersedekah. Kisah mereka terlakar dalam al Quran surah Al Insan.
Dekati diri dengan Al Quran, baca dan hayati, aplikasi... kita akan betemu dengan ketenagan. Di situ terbit kemanisan iman.
Wallahuaalam.