Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 14, 2016

Permintaan rezeki dengan pemikiran syukur

Permintaan rezeki dengan pemikiran syukur
======================
Setiap kita pasti menghitung, apakah, di manakah, banyak manakah rezeki hari ini?

Rezeki tidak hanya dalam bentuk duit ringgit, bahkan ia juga hadir dalam bentuk pertolongan dari Allah bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau permasalahan.

Rezeki bila ada orang membantu dalam urusan. Rezeki juga bila Allah mudahkan perjalanan yang jauh. Razeki bila jiran menghulurkan makanan. 

Pendek kata segala urusan kehidupan insan berkait dengan rezeki pemberian Allah.

Ibrah para Rasul menjadi panduan berguna saat kita terhimpit oleh perasaan apabila memikirkan persoalane tentang rezeki. 

Surah Al-Qasas, ayat 24 :
"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Ayat ini menjelaskan bagaimana beradabnya Nabi Musa berdoa kepada Allah. Saat lari dari Firaun, baginda merantau jauh. Tiada memiliki apa-apa. Hinggalah bertemu dengan dua orang gadis yang mahu memberikan air pada ternakan mereka.

Melihat mereka sukar menunggu, maka Nabi Musa menghulurkan bantuan. Sewaktu memikirkan nasib diri itulah baginda berdoa, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Doa baginda memohon rezeki dari Allah saat baginda tiada miliki apa-apa. Kemudian datang anak Nabi Syuib menawarkan bantuan. Baginda ditawarkan untuk berkahwin dengan anak gadis Nabi Syuib, namun perlu berkuli selama 8 tahun.

Kisah Nabi Musa boleh diambil iktibar. Cara berfikir perlu sebagaimana Nabi Musa berfikir. Cara pemikiran bila ditawarkan bekerja perlu sambut dalam keadaan gembira. 

Baginda sanggup berbuat apa sahaja. 
ربي اني لما انزات اليامن خير فقير...

Jika dilihat dari konteks doa, seperti kita berkata-kata "Ya Allah, aku ni faqir, aku akan buat apa sahaja yang diberi" Ia tanda insan yang bersyukur. Bukan memilih apa yang diberi, merungut dengan keadaan.

Orang yang kurang bersyukur pastinya agak berkira. Apalagi bila berkuli dengan tiada bergaji. Bahkan kita sering cenderung melihat masalah lebih dari nikmat.

Dalam konteks permintaan rezeki, kita perlu banyak bersyukur. Bagaimana carannya? Iaitu dengan memberi tanpa syarat, memberi lebih dari apa yang diminta serta tidak berkira.

Lebih banyak menghitung apa yang telah kita miliki berbanding yang tiada. Allah akan beri lebih dari yang kita sangka bila kita bersyukur. 

Insan berkeluh kesah dengan rezeki kerana kurang bersyukur dengan apa yang ada. Sifat mahukan lebih untuk diri itu menjadikan insan sentiasa tamak. 

Walhal permintaan rezeki tiada lain demi meraih redha Allah.  Disebalik rezeki yang diberi ada sebahagian milik orang lain. Insan bersyukur akan menyalurkan bagi jalan Allah. Pastinya ganjaran akan berlipat ganda bagi mereka.

Rezeki dari sifat mustahil Allah akan hadir bila kita ikhlas.

#motivasi3i
#kenalidiribinaidentiti
#kaunselingkerjaya


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment