Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, April 18, 2016

Solusi Masalah Adalah Bertenang

Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
~~~~~~~~
Semalam kereta yang dipandu Anis dilanggar dari belakang oleh seorang pemuda. Sewaktu dimaklumkan saya baru selesai sesi kelas di UM. Panik juga seketika. Sudah lama Allah tidak menguji begini. 
Dalam perjalanan saya hubungi pemuda tersebut. Pada mulanya beliau maklumkan tidak mahu bertanggungjawab atas kesilapan. Saya maklumkan Enche Suami tapi beliau tidak mahu mencampuri urusan, mahu Anis sendiri yang menguruskan. Katanya perlu belajar menangani situasi.
Sebagai ibu pasti saya perlu menjadi penasihat kepada Anis. Nasihat saya pada beliau, waktu inilah mahu praktikkan apa yang dipelajari dalam perundangan. Bagaimana menggunakan BMT, teknik negosiasi dan akhlak yang baik sesama Islam.
Segala urusan rundingan oleh beliau hanya dalam talian. Alhamdulillah, tiada ketegangan dalam rundingan. Semua baik sahaja dengan kesanggupan Si ibu berjanji untuk membayar ganti rugi, al maklum pemuda masih belajar di universiti. Atas kesanggupan itu hasrat untuk report polis kami batalkan.
Moralnya;
-Insan yang amanah pasti mereka tidak lari dari tanggungjawab. Janji perlu ditunaikan.
-Menggunakan bahasa yang baik itu membantu menjernihkan yang keruh berbanding bahasa kasarz
-Hakikatnya dunia ini kecil, satu masa pasti berjumpa semula, maka tidak perlu masam muka. Tak di dunia pasti di akhirat.

No comments:

Post a Comment