Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 14, 2016

Kerja vs Rezeki

Kerja vs Rezeki
---------------

Suasana ekonomi yang suram memberi impak pada ramai orang di luar sana. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang terpaksa hemat berbelanja dek pengurabgan gaji. 

Semua ini pastinya mendatangkan gundah dan keresahan apalagi jika ramai ahli keluarga yang perlu disuap, anak-anak yang perlukan pendidikan.;

Ramai juga yabg bekerja keras pagi hingga malam, namun pendapatan biasa-biasa. Ada pula yang pendapatannya berganda walhal masa yang diguna, sekelumit cuma.

Sedih? Risau? Takut tiada rezeki? Hakikatnya setiap makhluk Tuhan dijanjikan rezeki. Allah akan mencukupkan buat hambanya. Ia mungkin tidak banyak. Tetapi cukup untuk kehidupan.

Bagi memahaki konsep rezeki al Quran ada menjelaskan dalam
Surah Hud ayat 6, bermaksud:
" Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Al Quran bila ditadabbur dan ditafakkur akan dapat difahami tentang konsep rezeki. Jika kita risau tentang rezeki, bayangkan binatang seperti serangga، semut, nyamuk yang melata mereka tetap dapat makanan. Allah yang tentukan rezeki.

Cuba pula kita bandingkan dengan haiwan yang kecil. Bagaimana ia berusaha meneruskan kehidupan. Untuk mendapat hikmah kita boleh perolehi dari Al Quran.

Bayangkan seekor nyamuk yang lagi susah hendak mencari makan. Setiap kali dahagakan darah, maka setiap kali itu ia terpaksa bergadai nyawa.

Perhatikan pula pada Si Burung yang keluar dan terbang mencari makan, meninggalkan anak yang kelaparan. Betapa tinggi tawakkalnya pada Allah. 

Maka kehidupan ini juga begitu. Rezeki itu perlu diyakini. Ia milik Allah, maka dari Allah kita mendapat. 

Sudah cukup gigih berusaha tapi belum mendapat? Sabarlah walau tidak kaya sebagaimana insan lain. Insan yang redha dengan ketentuannya akan menemui bahagia.

Saat susah berdepan cabaran hidup, Waktu sengsara mencari sesuap nasi adalah pengalaman terbaik untuk melatih diri erti syukur. Meyakinkan diri bahawa Allah Maha Pemberi. Tugas hamba ada berusaha.

Tawakkal diri atas setiap usaha adalah perkara yang mendamaikaan jiwa. Ada tiada bukan ratib yang meresahkan. Kerana tahu Dia ada bersama kita. Ada ketika rezeki yang mustahil jatuh ke riba. Saat itu kita kembali mengingati Dia...
"... nikmat manakah yang kamu dustakan?"... Surah Ar Rahman.

Wallahuaalam.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment