Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, October 25, 2016

Budayakan Membaca

Budayakan Membaca
Hari ni berurusan di bank. Lain bank lain SOP. Berurusan di bank C cepat kerana SOPnya ringkas, bank satu lagi agak lambat. 1 jam lebih terpaksa menunggu.
Ramai yang beratur dan menunggu. Ada yang berdiri ada beberapa kerat yang duduk.
Alangkah bagus jika masa menunggu yang lama digunakan untuk membaca, dari melayan fikiran.
Tip mudah bawa satu buku sekurangnya ke mana-mana. Pasti masa tidak terbuang.
Jika ada gadget boleh juga ambil masa untuk membaca quran online. Banyak cara untuk manfaatkan masa.
Budaya membaca dikalangan masyarakat kita agak lemah.

No comments:

Post a Comment