Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, October 25, 2016

Tip berniaga

Hakikat Berniaga
============
Ramai diluar sana merungut tentang bisnes yang dibuat tidak menjadi.Ada pelbagai alasan diberi.
Bila melihat orang lain berjaya, mereka akan mengatakan bertuah sebab sudah berjaya. Ada yang menanam irihati dalam
diam. Ada juga yang memuji ikhlas hati.
Hakikat yang kita tidak tahu adalah, mereka yang berjaya itu mungkin sudah mencuba banyak kali. Dalam berkali percubaan itu, akhirnya mereka berjaya. Mereka ini tidak kenal erti putus asa.
Ada juga yang kali pertama mencuba terus berjaya. Perniagaannya berkembang maju tidak disangka. Lalu mencuba beberapa bisnes lain pula, namun tidak juga berjaya seperti sebelumnya.
Berniaga ada banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Ia bukan semata tentang bisnes model, pengurusan kewangan, SOP dan pelbagai lagi.
Berniaga perkara yang paling utama adalah menjaga dua perkara, iaitu:
Hubungan dengan Allah dan Hubungan dengan manusia.
Jika ini tidak dijaga, percayalah kita mungkin merasakan kita berjaya, namun hakikatnya kita gagal.
Oleh itu berniagalah apa sahaja, namun prasyarat utama adalah meletakkannya untuk mencari redha Ilahi.
Berniaga impian mahu jadi kaya. Boleh sahaja. Asal kaya itu pada jiwa dan pekerti bukan pada material semata-mata.
Berniagalah biarlah membuka jalan untuk kita ke syurga abadi. Kerana hakikat MATI itu PASTI.

No comments:

Post a Comment