Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, October 25, 2016

Cabaran Gadjet dan Media Sosial

Gadjet
=====
Ada individu sangat ketagih dengan gadjet. Sanggup berhabis deminya. Bukan setakat duit, bahkan masa. Paling teruk setiap ketika berada di alam maya hingga ada insan depan mata pun tidak dipeduli.
Semalam bila memulakan kelas ada beberapa pelajar sibuk dengan telefon, bahkan tidak focus pada apa yang mahu dikongsi.
Lalu saya saya katakan kepada pelajar saya secara baik. Lupakanlah seketika untuk focus pada apa yang lebih penting. Tidak mudah mahu menegur pelajar dewasa, apalagi jika mereka kebanyakannya lebih berusia dari kita.
Namun saya katakan kepada mereka secara berhemah; "Pengalaman saya belajar dari bangku sekolah hingga tahap Pas Habis Darjah rahsianya adalah FOKUS. Jika kita sanggup berhabis duit ringgit belajar, korbankan masa rehat bersama keluarga, idea dan tenaga juga terpaksa dikerah. Belajarlah bersungguh-sungguh.Oleh itu lupakanlah seketika dunia maya untuk berada di alam realti".
Lalu masing-masing pelan-pelan menyimpan telefon masing-masing sambil semuanya senyum.
Nota: Hakikatnya ia penyakit yang ada pada ramai di kalangan kita. Lebih banyak berada di alam maya dari dunia realiti.

No comments:

Post a Comment