Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 8, 2016

Membuat Keputusan


SIAPA YANG BUAT KEPUTUSAN SEBENARNYA?

#NotaBroSyarief

Orang-orang musyrik di era dakwah Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam berterusan berusaha menentang dan menghalang dari lebih ramai terpengaruh dengan ajaran Islam. 

Dituduh baginda sebagai tukang sihir. Dituduh baginda sebagai pemecah belah. Digunakan pelbagai helah untuk berusaha mematahkan hujah-hujah dari al-Quran. 

Barangkali kerana datang idea untuk mempersoalkan keabsahan al-Quran, mereka pun timbulkan satu lagi argumen, sebagaimana ia dirakam di dalam al-Quran:

‎وَقَالُوا لَوْلَا نُزِّلَ هَٰذَا الْقُرْآنُ عَلَىٰ رَجُلٍ مِّنَ الْقَرْيَتَيْنِ عَظِيمٍ

"Mereka mempersoalkan: Kenapa al-Quran ini tidak diturunkan kepada orang yang hebat dari dua kawasan ini (yakni: Mekah & Thaif)?"

[Az-Zukhruf(43):31]

Menjadi kebiasaan bagi satu-satu komuniti akan ada seorang tokoh yang menonjol dari sudut kepimpinan, memiliki karisma, banyak berjasa, dan sebagainya. 

Jadi mereka melihat ianya satu keganjilan untuk Tuhan memilih seseorang yang tidak dikenali ketokohannya, berbanding orang-orang yang dilihat hebat seperti al-Walid ibn al-Mughirah dan 'Utbah ibn Rabi'ah.

Mereka menjadikan rasional mereka sebagai asas penilaian kadar relevan terhadap keputusan Tuhan memilih utusan untuk dihantarkan kepada mereka. 

Cerdikkah tindakan mereka itu?

Lihat bagaimana Allah menempelak mereka, sekaligus mesej teguran Allah itu mencapah kepada setiap insan yang sering mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan pada perbezaan kedudukan insan sesama insan.

Allah subhanahu wa ta'ala menjawab balas persoalan mereka juga dengan soalan sentap yang berat, di mana firmanNya:

‎أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ 

"Adakah mereka yang (membuat keputusan) membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu?

‎نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا 

(Hakikatnya) Kami yang membahagikan di antara sesama mereka, bahagian kehidupan mereka di dunia!

‎وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضًا سُخْرِيًّا 

Kami angkat kedudukan sebahagian mereka di atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, supaya sebahagian mereka dapat berkhidmat bagi sebahagian yang lain.

‎وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

Dan rahmat Tuhanmu itu jauh lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan..!

[Az-Zukhruf(43):32]

Nabi diutus sebagai rahmat ke sekalian alam. Siapa yang sebenarnya memegang kunci keputusan untuk memilih siapa yang hendak diutuskan? Demikian mudah argumen rapuh mereka dipatahkan. 

Demikian juga keadaannya dari zaman berzaman. Kita melihat di sekeliling kita, di mana segelintir insan yang tidak kering fikirannya dari sentiasa merasa tertekan dengan apa yang Allah berikan kepada orang lain.

Dipersoalkan: Kenapa Allah beri mereka sekian? Kenapa tidak aku? Kenapa Allah murahkan rezeki mereka? Kenapa Allah jadikan mereka mempunyai kelebihan? Kenapa ini? Kenapa itu? Segalanya dilihat tidak adil di mata fikirannya. 

Baca kembali jawab balas Allah kembali terhadap persoalan ni: 

‎أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ 

"Adakah mereka yang (menetapkan keputusan) membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu?"

Siapa yang buat keputusan kepada pembahagian dan perbezaan ini semua? Kalian ke? Mereka ke?

Ternyata tindakan mempersoalkan keputusan Allah, bukan sekadar tidak cerdik, malah ianya kejahilan yang melampau. Nampak macam cerdik, tapi malah sebaliknya. 

Lebih teruk lagi persoalan ditimbulkan sebagai sekadar hijab menutup aib kemalasan diri untuk mengiktiraf kelemahan diri dan berusaha memperbaiki keadaan.

Allah tekankan hakikat pembahagian dan perbezaan ini semua adalah rahmat dariNya, dan rahmat dariNya pasti selama-lamanya jauh lebih baik dari apa yang kita cuba bandingkan dengan apa yang mereka kumpulkan.

Ia menuntut kita untuk sentiasa memikirkan betapa terhadnya kemampuan kita menilai, dan meletakkan sebulat keyakinan terhadap ketetapan Allah terhadap pembahagian dan perbezaan kurniaan sesama insan.

Syukurlah di atas nikmat rahmatNya. Bersangka baiklah terhadap segala keputusanNya.
__
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares


Sent from my iPhone

Sunday, December 4, 2016

Nikah Anda Berani?



Tip elakkan pergaduhan suami isteri


Rumahtangga: Lagikan lidah boleh tergigit, inikan pula suami isteri. Pasti ada sedikit sebanyak yang dipersetujui dan tidak dipersetujui.


Bahkan tidak semua cara berfikirnya sama. Berkongsi tip membina kerukunan rumahtangga dalam buku Kahwin, Anda Berani salah satunya adalah menerima pasangan kita seadanya.


Hakikat yang perlu diakui, tiada manusia yang sempurna. Sifat sempurna itu hanya milik Allah. Namun kita manusia seringkali mahu pastikan semuanya seratus peratus terbaik.


Isteri baik suami sekalipun, bagi mahu mengelakkan pertelingkahan, perlu belajar mencari silap pasangan. Jika ada kesilapan sekali pun, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk pergaduhan. Lihat ke depan dengan memperbetulkan yang silap dengan cara tidak mengungkit kesilapan. 


Bila mahu nyatakan sesuatu pada pasangan, carilah masa yang sesuai. Pilih juga perkataan yang baik dan mudah difahami oleh pasangan.  


Seringkali fikirkan kebaikan pasangan supaya kita hanya melihat perkara yang positif pada mereka. Sekaligus perkara yang tidak elok kita dapat lupakan.


Belajarlah menumpukan pada perkara yang penting dan bukan hal remeh yang mudah menjadi isu perbalahan. 


Paling penting bila bergaduh, cepatlah meminta maaf dan saling memberi kemaafan. Mati tidak terlambat atau tercepat walau sesaat. Bimbang waktu bergaduh tidak sempat memohon masf dengan pasangan kita.


Bagi elakkan fikiran kusut dan hati tenang, bukan semata memberi maaf tapi kita juga perlu belajar melupakan kesilapan. Ia tidak mudah, namun jika kita fikir hidup ini amat singkat, pasti kita tidak bertangguh untuk sentiasa memaafkan dan melupakan kesilapan.


Wallahuaalam

#nikahandaberani?



Sent from my iPhone

Praktikkan Sunnah

Amalkan Sunnah


Bismillah... 


Anda pernah dengar ucapan ini?


- Ada Nabi larang buat ke?

- Benda baik apa salahnya..


PERNAH?? 

Ketahuilah, slogan-slogan sebegini TIADA NILAINYA dalam ibadah. Malah ia tidak akan pernah sesekali ditanya oleh para Sahabat r.hum. Soalan sebegitu tidak sepatutnya disebut-sebut oleh umat yang mengaku Islam yang membaca al-Qur'an serta belajar ilmu asas agama. Kerana apa? Perhatikan contoh di bawah :


1 ) Segala bentuk ibadah perlu ada Dalil YANG SOHEH DAN JELAS sebagai SANDARAN IBADAH


إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ‌ۚ


"Aku ( Muhammad ) tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku" ( al-An'am 6:50 )


2 ) Jika cintakan Allah, ikutilah Sunnah Rasul-Nya, bukan membuat sesuatu yang tidak ada asalnya dari Rasulullah ﷺ


 قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى


"Katakanlah ( Muhammad ), Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku" ( aali 'Imran 3:31 )


3 ) Menurut ulama' besar mazhab Syafie ( Ibnu Hajar al-Asqalani ) pula :


أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف


"Penetapan ibadah diambil dari tawqif ( haram sampai adanya dalil)" ( Fathul Bari 2:80 )


4 ) Dari 'Aisyah r.ha, Nabi ﷺ bersabda,


مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ


"Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak" ( HR Muslim no.1718)


5 ) Jika berlaku pertembungan dalil Umum dan dalil Khusus, maka dalil Khusus perlulah diutamakan


Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam kitabnya Fathul Bari, "Apabila terjadi pertentangan antara lafaz Mujmal ( Umum ) dan Mufassar ( Khusus ), maka yang didahulukan adalah Mufassar"

_________


Jadi, sekarang, masih bertanya ada Nabi ﷺ larang ke tak dalam ibadah? Atau kita sepatutnya bertanya., " ADA KE NABI BUAT PERKARA INI DALAM IBADAH? "


Adapun hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, maka ia tidak mnjadi apa-apa kesalahan kerana ia bukan terkait denga urusan IBADAH.. 


Semoga bermanfaat.

Dipetik dari perkongsian Ustaz Nik Mohd Zaim



Sent from my iPhone

Friday, December 2, 2016

Tip keibubapaan

Pot pet cuti sekolah


Sedang saya membelai pokok pagi semalam saya terdengar seorang ibu berkata kepada anak-anak beliau;

" Cuti sekolah ni kena faham, semua mesti tolong kemas rumah, buat apa yang patut, bukannya sibuk tengok TV, jangan nak buat sepah je".


Saya rasa nak tergelak juga, saya pasti anak beliau tidak fokus mendengar leteran si ibu.

-------


Bila saya masuk ke dalam rumah, saya katakan pada Iman ( ;


" Selepas Iman basuh kereta, apa yang Iman mahu buat?"


Jawab Iman; " Iman nak basuh pinggan dan jemur baju".


Lalu saya berikan pujian: "Terima kasih anak Ummi yang suka membantu"

-------


Saya teringat seorang anak bercakap pada kawan-kawannya sewaktu lalu tepi rumah saya:

" Aku tak tahu mak aku cakap apa, pagi tadi".


Nampak tak bila kita berleter, anak tidak dapat dapat nak tangkap isinya dan tidak mahu mendengar.


Moral:

Sebenarnya anak-anak tidak gemar dengan ayat suruhan. 

Walau sedikit yang dibuat oleh anak ucapkanlah Terima Kasih.


Pujilah anak-anak agar mereka lebih yakin diri dan rasa dihargai.


Wallahuaalam.



Sent from my iPhone