Tip elakkan pergaduhan suami isteri
Rumahtangga: Lagikan lidah boleh tergigit, inikan pula suami isteri. Pasti ada sedikit sebanyak yang dipersetujui dan tidak dipersetujui.
Bahkan tidak semua cara berfikirnya sama. Berkongsi tip membina kerukunan rumahtangga dalam buku Kahwin, Anda Berani salah satunya adalah menerima pasangan kita seadanya.
Hakikat yang perlu diakui, tiada manusia yang sempurna. Sifat sempurna itu hanya milik Allah. Namun kita manusia seringkali mahu pastikan semuanya seratus peratus terbaik.
Isteri baik suami sekalipun, bagi mahu mengelakkan pertelingkahan, perlu belajar mencari silap pasangan. Jika ada kesilapan sekali pun, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk pergaduhan. Lihat ke depan dengan memperbetulkan yang silap dengan cara tidak mengungkit kesilapan.
Bila mahu nyatakan sesuatu pada pasangan, carilah masa yang sesuai. Pilih juga perkataan yang baik dan mudah difahami oleh pasangan.
Seringkali fikirkan kebaikan pasangan supaya kita hanya melihat perkara yang positif pada mereka. Sekaligus perkara yang tidak elok kita dapat lupakan.
Belajarlah menumpukan pada perkara yang penting dan bukan hal remeh yang mudah menjadi isu perbalahan.
Paling penting bila bergaduh, cepatlah meminta maaf dan saling memberi kemaafan. Mati tidak terlambat atau tercepat walau sesaat. Bimbang waktu bergaduh tidak sempat memohon masf dengan pasangan kita.
Bagi elakkan fikiran kusut dan hati tenang, bukan semata memberi maaf tapi kita juga perlu belajar melupakan kesilapan. Ia tidak mudah, namun jika kita fikir hidup ini amat singkat, pasti kita tidak bertangguh untuk sentiasa memaafkan dan melupakan kesilapan.
Wallahuaalam
#nikahandaberani?
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment