Kerenah birokrasi ada di mana-mana. Bahkan dikebanyakan tempat dan juga situasi. Bila ini berlaku ia mendidik diri untuk bersabar dengan kerenah, ia juga mengjahar kita betapa perlunya kita mempunyai sifat terpuji. Dengan kata lain jika orang lain memayahkan kita maka kita perlu berazam pada diri untuk tidak melakukan sedemikian kepada orang lain.
Saya teringat kisah sewaktu merantau ke sebuah negara. Dek kerana persepsi mereka terhadap orang Islam maka mereka yang bertugas sebagai pegawai imegresen begitu teliti mereka dalam memeriksa kami, pelbagai pertanyaan dilontarkan... Hingga kita merasa layanan mereka jauh beza dengan orang yang beragama lain di banding orang Islam. Maka terfikir saya... alangkah begini keadaannya di akhirat pasti beruntunglah mereka yang berjaya melalui hisab dan titian sirat dengan pantas. Di dunia kita boleh melakukan dan terlepas dalam banyak perkara. Tetapi di akhirat untuk melepasi imigrasen Allah pastinya memerlukan kita untuk menilai sajuah mana ibadat telah terlaksana. Bagi yang sombomg di dunia dengan kuasa yang ada maka ingatlah ada balasan yang menanti.
Ingatan buat kalina pembaca juga diri sendiri... setiap kali mahu menganiaya orang lain ingatlah... hidup ini ada karma.. jika tidak kena pada kita mungkin orang sekeliling kita.. oleh itu bebruat baiklah kepada semua..jika balasannya bukan di dunia pasti di akhirat. jika tidak bukan untuk diri kita tempiasnya pergia kepada anak cucu cicit kita...
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment