Konsep boleh ditakrif dengan berbagai difinasi
yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing.
Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim.
Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti
atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)
Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran
karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya
merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam
diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’
adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang
mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada
banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang
masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari
bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk
kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.
Seperkara lain yang patut disebut bahawa
perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad.
Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk
merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan
demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami
berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi,
badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum
tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai
ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)
Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian
ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka,
amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin
dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka
adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat
Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab
al-Islamiah: 4
Menurut
Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud
“orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui
hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.
Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah
ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan
al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang
berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2.
)
Haji Yahya, di dalam Encyclopedia
Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar
dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan
segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).
Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar
bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat
Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus
keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang
ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi
Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)
Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji
al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui
hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan
Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan.
Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang
bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka),
Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan
kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”.
Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya
“alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya
orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau
tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu
ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah
berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu.
Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana
kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan
kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul
nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan
larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984:
300-301. )
Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang
merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat
ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya.
Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan
yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu
terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah
banyak.
Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana
banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan
dalam hati”.Hamka: 301Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka
yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan
ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki
ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. )Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa
ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa
membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah
yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan
menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan
Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang
dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi,
juz 7:343-344.)Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn
Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik
kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya”
Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn
Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak
meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah
menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan
semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan
dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum
dan selepas dari mereka “ ”al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat
dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak
melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika
dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka
mereka akan dibalas dengan syurga.Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang
mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani,
Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak
takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad
al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn
Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik
kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam
Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4:
553-554.)
al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang
takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan
apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi,
7/20: 343-344)Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai
pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi.
Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada
pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan
mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn
Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak
meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah
menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan
semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan
dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum
dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari
al-Qurtubi, 343-344.)
Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah
petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan
hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim
siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang
paling takut kepada Allah.Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang
alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan
dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi
al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)
Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas,
disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan
mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian.
Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak
cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga
sebaliknya.
’ dikenali dengan ilmunya dan
keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam
perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah,
pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan
Allah.Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan
pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya
dari kalangan ahli hak.Di antara perkara yang menunjukkan alimnya
ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya,
bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui
cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di
antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya
(masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’)
tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam
Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang
panjang bagi ummah ini.
Ini tidak bermaksud setiap orang yang
mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan
yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai
tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati di sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan)
menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang
kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil
dan para mufti yang boleh dipercayai.
Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan
mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya
kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan
kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang
dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang
meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan
istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan
al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain
perkataan ulama’ dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan
disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa
maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis
kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab
dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang
tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard
sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan,
idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak
menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.
Kedudukan mereka sebagai ulama’ adalah satu
pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang
sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat
penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama’ dahulu tidak
mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai
al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian
ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.Dari semua kutipan dan penjelasan di atas
menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan
mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh
kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi
di akhirat.
Keistimewaan Ulama’
Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia,
yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga
menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18) Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’,
dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas
kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan
ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88) Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata
dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan
yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa
jua bentuk.
Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu
dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT.
Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”.
Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada
manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan
oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.
Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah
berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah
siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang
datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat
manusia”.
Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian
para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan
dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun.
(Azzawajir 1/89)
Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan
menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka
adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan
mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di
langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila
bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad
bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari
al-Makki, 1996:13.)
Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak
akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak
menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika
ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah
kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri,
Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan
ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata
Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu
memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq
Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin
Jabal :
“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya
mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah
ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan
mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli
keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri
dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan
kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang
dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika
berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan
mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati
yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada
yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama
raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan
ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu
ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal
dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari
al-Makki, 1996:35-36.)
Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya
Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya
hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan
jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu
sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan
orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan
ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn.
Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,
a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)
Ciri-Ciri Ulama’
1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi
pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.
Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu
jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul
Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai
barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk
mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang
saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka
ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia
menjawab dengan lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya
Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat
manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat
imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan
menyebarkan .
Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian
menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari,
1994:46.)
9. Apabila disoal kepadanya perkara yang
provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia
minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula
daripadanya
10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan
memperbodohkan orang lain.
11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan
memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan
meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin
Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq
al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .
13. Sentiasa berzikir kepada Allah .
14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah
.
15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak
takut kepada lain daripada Allah.
16. Sentiasa beradab dengan Quran dan
Sunnah .
17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam
menuntut kemuliaan.
18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk
dan patuh.
19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan
iktibar.
20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama
bersama orang berzikir
21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah
Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin
Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq
al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,
22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada
ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha
menghimpunkan harta.
Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman
Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang
berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah
orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin
Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
1996:64.)
23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang
dilakukan oleh pemerintah.
Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda
Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar,
maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci
maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan
oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu
perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih
Muslim: 1854
24.Orang alim musuh iblis
“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu
susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi
25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam
qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan
ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim
diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan)
maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku
akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)
Dengan demikian ulama’ bukan sekadar
mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab
feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul
Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet.
Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.
Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka
mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi
pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan
wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang
mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq
Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19) Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak
mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami
apa yang nabi tinggal ialah ulama’.
26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah
Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia
perjalanan ulama’ dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan
tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka
mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati
yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.
27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak
fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan
ukuran.
Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah
mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah”
Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak
melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng
negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya
supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K.
Rahmat, 1996:61)
Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul
Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub
kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi
umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak
al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu
mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga
mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233
Dipetik dari ulasan Us Idris Ahmad
No comments:
Post a Comment