Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, July 22, 2013

10 Tokoh Usahawan Muslimah: Tip Berjaya dalam perniagaan

Bismillah, Ramadhan kareem untuk semua pembaca...

Berkongsi tentang topik berniaga, buku ke-dua saya iaitu 10 Tokoh Muslimah ada membicarakan tentang kehebatan Khadijah sebagai ahli perniagaan. Ada beberapa tips yang boleh diambil juga dari kes study individu yang terlibat dengan perniagaan. Seterusnya saya menulis lagi tentang 10 Tokoh Usahawan Muslimah yang membicarakan tentang konsep dan etika perniagaan dalam Islam serta tip kejayaan. Selain itu terdapat 10 kes study kisah Usahawan Muslimah yang berjaya dalam perniagaan mereka masing-masing. 


Perniagaan itu pada hemat saya adalah perhubungan silaturrahi, sebenarnya kita bukan menjual barang tetapi kita menjual imej diri kita. Apabila kita menjual atau orang mahu membanru mempromosikan produk kita adakala ia bukan kerana produk tetapi kerana suka dengan diri kita. Pernahkah pembaca sendiri apabila ditawarkan sesuatu barangan ada ketikanya kita bukan mahu kepada barangan tersebut tetapi kita membeli kerana mahu mengambil hati atas kebaikan rakan yang menjual itu selama ini. 

Alhamdulillah itu juga perjalanan saya menjalankan perniagaan. Barangan yang dijual itu kita perlu pastikan tidak memaksa pelanggan untuk membeli, selain itu jika pelanggan tidak mahu kepada barangan kita maka kita harus menerima penolakan dengan dada yang lapang. Jika kita rajin bersedekah barangan kita lebih cepat laris ini kerana adanya keberkatan. Pada saya, perniagaan saya lebih kepada lifestyle. Saya suka berniaga kerana ia menghubungkan kita dengan pelanggan. Contoh apabila saya membantu seseorang secara percuma timbal baliknya mereka mahu membeli buku-buku saya walaupun saya tidaklah mempromosi dan mengharapkan pembalasan dari mereka. Kuncinya untuk berjaya adalah keikhlasan dalam apa jua yang kita lakukan. Berniaga bukan kerana mahu kaya, tetapi mahu menjana kekayaan untuk kebajikan. Mahukan pulangan yang lebih berharga bila kita ada kebebasan kewangan iaitu memberi kepada yang memerlukan untuk mencapai syurga abadi.
Mari berniaga dengan cara yang halal dan berkat.
Wallahuaalam.
  

No comments:

Post a Comment