Bismillah,
Berbicara tentang masalah ada kaitannya dengan hati. Bila berkata tentang kecantikan Allah tidak melihat kepada pakaian tetapi apa yang ada dalam hati dan jiwa. Allah tidak melihat kepada jasad tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan. Inilah yang menjadi perhitungan Allah pada hari akhirat. Adakala dilihat luaran sangat baik tetapi mereka benci kepada pendakwah, irihati dan sebagainya.
Hati adalah rahsia, hanya Allah yang tahu. Mereka ini akan mendapat keampunan Allah dan mendapat keberkatan .Hadis menyebut dalan satu jasad ada seketul daging maka anggota yang lain akan menjadi baik, iaitu hati. Lalu jagalah hati. Apa yang menjadi rahsia adalah ia bergantung kepada hati dan niat. Jika semua kerana Allah maka akan menjadi baik. Kebaikan akan terserlah pada wajahnya. Allah akan mendedahkan dengan cahaya pada wajahnya.
Orang yang bermasalah seringkali menyebabkan muka berkerut maka ubatnya adalah zikir dan membaca Al Quran. Hati yang sakit boleh dirawat dengan cara mengubatinya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Lalu masalah yang melingkar berkait dengan manusia seperti perasaan marah dan gundah gulana akan hilang. Maka mari memujuk hati kita jika gagal dalam kehidupan mengejar dunia ia bukan gagal, namun jika gagal mengejar akhirat itulah gagal yang sebenar.
Lalu cinta kepada dunia dan material menunjukkan hati kita sakit. Sakit kerana hati kita masih tidak zuhud dan lebih mencintai akhirat. Abdullah Ibnu Mubarak seorang yang kuat beribadat. Allah memberikannya kehebatan kerana hebatnya Abdullah kerana keikhlasannya dan imannya. Ketakutan kepada Allah itu merupakan kecintaan kepada Allah. Dekatnya hati kepada Allah melembutkan hati, jauhnya hati kepada Allah menyebakan kita juah dengan Allah. Maka Ramadhan
Saidina Umar.a berkata: "Jika orang yangk uat dalam beramal maka dia tidak akan bertangguh untu beramal. Tanda orang itu beramanah adalah tidak berbeza dengan zahir dan batinnya". Takut adalah bila kita merasa takut saat dipanggil ke arah kebaikan seperti bersolat. taqwa itu dengan ketakutan kepada Allah. Sesiapa yang merahsiakan amalan yang baik maka Allah akan tunjukkan kebaikan itu pada wajahnya dan pada ucapannya. Jika orang dengan akan masuk dalam hatinya.
Tanda orang yang hati dan amalnya baik dan suka menjaga hati serta menggelakkan sifat mazmumah, bersifat tawaduk dan merasa jiwa dan dirinya lemah serba kekurangan. Orang yang hatinya bersih juga suka kepada akhirat dan tidak tamak dengan dunia. Mereka berlumba mengejar akhirat, sentiasa tunduk dan patuh serta banyak mengambil isu agama seperti membaca, menambah ilmu.
Orang yang hatinya bersih juga amat takut dengan Allah, benar percakapannya, menerima kebenaran serta tunduk dengan ilmu serta mendapat mahabbah dalam diri, manusai juga akan tertarik dengannya lalu Allah akan kabulkan segala doa. Sesungguhnya Allah menerima doa orang yang ikhlas. Moga Allah menjadikan hati ktia termasuk dalam golongan orang yang hatinya bersih dan suci jauh dari sifat mazmumah. Ameen.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment