Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, July 8, 2013

Wanita dan kerjaya: ramai anak

Bismillah,
Semalam Alhamdulillah rezeki dari Allah apabila mendapat jemputan untuk menjamu selera makan durian sebelum berakhir Syaaban dan menyambut Ramadhan. Maka ramai sahabat yang hadir termasuk pasangan masing-masing.  ada yang datang sendirian ada yang datang bersama anak-anak. Bila para ibu bertemu maka salah satu isu yang menjadi kegemaran adalah memperkatakan hal anak-anak. 

Seorang sahabat yang hadir dan baru berkenala bertanyakan jumlah anak-anak, maka ada yang mengatakan sudah masuk tujuh, kebetulan beliau menjadi surirumah sepenuh masa. Anaknya juga selang dua tahun jaraknya. Maka seorang sahabat lagi yang berstatus pensyarah serta memegang jawatan admin yang juga mempunyai anak seramai tujuh orang berkata : " agaknya kalau saya tidak bekerja mahu anak saya 12 orang gamaknya'... Kami semua tersenyum mendengar kata-kata beliau. Lalu dari situ topik beralih kepada pembantu rumah kerana rata-rata bersetuju anak yang ramai jika tidak bekerja ada sedikit ruang dibanding anak yang ramai dan ibunyap ula bekerja. Menurut sahabat saya beliau bernasib baik kerana pembantunya yang sudah bersama sejak 10 tahun amat boleh diharap dan bertanggungjawab. 

Apa yang dapat saya katakan adalah jumlah anak itu bukan masalah jika kita bekerja dan ada pembantu yang baik dan amanah. Namun tidak semua bernasib baik. Saya sendiri sebelum mendapat pembantu yang baik diuji dengan pelbagai kerenah pembantu rumah. Ada yang lari meninggalkan anak dalam buaian walalu baru sebulan bekerja, ada yang membawa masuk lelaki dalam rumah, ada yang menipu dan mencuri. Lalu itu adalah pengalaman yang buat diri dalam mebesarkan anak-anak. Biar bagaimana baik kita melayan mereka namun jika mereak tidak mahu berubah dan ada agenda tersendiri maka apalah daya. Lalu anak yang ramai adalah bagus dan yang penting kita mampu dan mentarbiyyah mereka dengan cara hidup Islam. 
Sahabat saya yang bekerjaya dan mempunyai anak yang ramai ternyata boleh dijadikan contoh, sementelah beliau dan pasangan merupakan seorang yang tinggi ilmunya, maka anak-anak mereka juga berjaya ditarbiyyah dengan baik. Namun ada juga yang berhenti kerja demi mahu memberi fokus kepada anak-anak. Maka itu juga sangat bagus dengan dunia hari ini yang mencabar sebaiknya ibu menjadi pengasuh kepada anak-anak mereka sendiri. Pokok pangkal lihat kepada kemampuan dan situasi masing-masing. 

Wallhuaalam. 

No comments:

Post a Comment