Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 25, 2013

Tazkirah Ramadhan : Meningkatkan ibadah

Photo: Kesakitan bukan semuanya musibah ia adakala untuk insan muhasabah dan memperkukuh keimanan, firman Allah "Ingatkanlah peristiwa Nabi Ayuub berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata" Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan (penyakit)". Maka berpasrah dengan suratan ujian, ia penawar menghapus dosa.
Bismillah.. 

Alhamdulillah hari ini kita telah berada pada tarikh 17 Ramadhan. Hujan mencurah-curah turun membasah bumi yang tandus. Ia merupakan petanda rahmat dari Allah. Sesuai dengan hari Jumaat yang penuh barakah. Terasa hati begitu hening, sayu yang membekam di kalbu bila hari-hari Ramadhan ini sudah hampir ke penghujung. Diri menghitung amalan yang masih lagi belum sempurna. 

Masya Allah banyak masa terbuang, sama ada membuat perkara remeh atau juga bersembang perkara yang lagha. itulah diri kita. Sering kita tersasar dalam perbuatan. Alangkah kita yang rugi. Maka hari-hari yang tinggal berbaki mari sama kita penuhi dengan mempertingkatkan lagi amalan kita kepada Allah. Moga Allah menerima amalan yang baik dengan sebaik ganjaran dan mengampunkan segala dosa-dosa. 




No comments:

Post a Comment