Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 18, 2013

Amanah dan Tanggungjawab Pekerja


Bismillah,

Tazkirah Ramadhan hari ini adalah tentang memelihara sikap amanah dan tanggnugjawab serta menjaga aib. Ramai kalangan kita memandang remeh isu amanah dan tanggungjawab. Sama ada kerana tidak tahu tentang balasan dosa atau sememangnya segaja melanggar suruhan. Perhatikan bagaimana seorang yang bekerja menggunaka barangan ofis untuk hal peribadi sesuka hati walhal itu bukan hak milik. Sama juga dengan tanggnugjawab, sebagai pekerja jika perlu masuk ofis 8.00 pagi tetapi kita masuk pada masanya dek kerana ada punch car tetapi kita tidak terus bekerja tetapi bersembang-sembang.

Adilkah kita pada diri. Perhatikan bagaimana hebatnya syakhsiah serta akhlak Umar Abdul Aziz. Beliau selepas selesai urusan pejabat maka dia menutup lampu, bila ditanya isterinya itu kerana bukan hak milik dirinya. MasyaAllah mampukah kita menjadi seperti beliau. Moga Ramadhan ini kita mampu mentarbiyyah diri agar dapat menjaga amanah dan tanggungjawab.
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment