Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, July 22, 2013

Travelog Aku dan Kucing

Bismillah,
Teruja, gembira, bahagia dan pelbagai perasaan datang dikalbu saat melihat kucnig yang dipelihara selama setahun akhirnya menambah bilangan membentuk satu keluarga. Comel telah melahirkan empat ekor anak yang juga comel dan putih seperti dirinya. Sepasang kucing pemberian sahabat amat bermakna kerana hadir ke duanya menceriakan kami sekelurga.
Percaya bahawa apa yang kita minat belum tentu orang minat, apa yang kita suka belum tentu orang suka. Perjalanan dan rententan kehidupan diri saya dan haiwan yang bernama kucing amat signifikan. Pelbagai kisah bersulam pahit dan manis melingkar kehidupan. Diusia kecil saya sewaktu 4-5 tahun arwah ayah membawa pulang seekor anak kucing yang diberi nama Putih. Putih membesar bersama pertambahan usia saya hingga meningkat remaja. Ia menjadi hiburan dan menambat kerinduan saat pulang dari asrama. Namun usianya berakhir dihujung usianya sewaktu saya berada di menara gading. 

Kucing menjadi sumber inspirasi, bila berkahwin saya bertemu jodoh bukan dengan peminat kucing namun seluruh keluarga amat mengemari kucing. Lalu apabila usia anak ke dua berumur 5 bulan suami membawa seekor kucing persian pemberian tuan rumah tempat suami mengajar mengaji. Kucing itu telah diberi nama Eyowh oleh keluarga berkenaan. Eyowh membesar dalam keadaan tidak selesa kerana kami tinggal di kawasan perumahan yang tidak selamat. Kucing siam yang cantik mudah dicuri orang. Maka Eyowh membesar di dalam rumah, tidak bebas sebagaimana sepatutnya. 

Setelah berpindah ke rumah baru dia menjadi raja. Eywoh kucing jantan yang bukan suka bermanja. Sangat culas dan sukar didekati oleh orang yang tidak dikenali. Hanya saya dan pembantu yang sering menguruskan Eywoh sahaja boleh mendekati dan mengelus bulunya. Namun hebatnya kucnig ini kerana teramat setia. Setia menunggu setiap kali saya pulang, biar dari kejauhan. Namun Allah maha merancang, Eywoh meninggal kerana terlanggan kereta sewakt saya pulang parking kereta di halaman. Sudah pasti kesannya kepada diri amat mendalam. Sarat dengan rasa bersalah. Tetapi kebiasaan Eywoh tidak begitu. Kata ibu "sudah ajalanya".

Hari demi hari kami terasa suram dan tidak ceria dengan ketiadaan kucing. Lalu satu hari saya singgah di kedai haiwan, Kucing yang sekian harga akhirnya bertukar milik. Ia satu kejutan buat suami. Namun beliau menerimah hakikat saya amat meminati kucing. Pun begitu hidup berjiran perlu dijaga, apa yang kita suka belum tentu orang suka. Bagi menjaga hari jiran maka Junior terpaksa di beri kepada kakak dan di bawa pulang ke kampung. Namun hidup tidak sama dan tiada keserasian, akhrinya Junior diberi kepada entah siapa... 
Hidup yang sukar digambar bila sunyi tanpa haiwan peliharaan, maka saya memelihara arnab, ikan, kura-kura, hamster. Pun begitu semua itu tidak dapat menggantikan haiwan yang diberi nama kucing. Kucing sifatnya manja dan memahami. Ia faham bila dimarah, tahu bila dimanja, menghargai bila dibelai. Maka akhrinya saya diberi kekuatan untuk mengambil seekor kucing dan 3 anak yang tidak lagi dimahukan oleh tuannya. Biarpun  hanya kucing kampung tetapi ia tiada beza dengan kucing siam. Keletahnya sama sahaja, bahkan lebih aktif. Risau jiran tidak suka maka dua ekor di bawa ke kampung, namun kerana kucing yang aktif dan lincah ia menjadi tarikan orang kampung lalu kucing terseut bertukar tuan. 

Seringkali bila hobi yang sama maka ia mengerat hubungan. Sahabat yang juga penggemar kucing memberikan saya seekor kucing Parsi dan bersama 2 ekor anak yang baru berusia 2 bulan. Beliau akan berangkat ke luar negara untuk membuat Post Doctoral maka semua kucing terpaksa diberi kepada orang lain. Maka bertambah warga kucing di rumah kami. Sungguh menyeronokkan kerana bertambah lagi seekor kucing yang berasal dari New Zealand yang mana bulunya teramat haus dan panjang. Kucing itu diberi nama pelbagai, Fiffy dan 3 ekor anak yang bertambah, Gegirl dan dua ekor anak diberi nama Grey dan Orange dan Lala the Snow White. 
Keceriaan itu tidak lama, ia bermula dengan jangkitan wabak maka 3 ekor kucing mati terutama Kiki juara menangkap cicka dan penunggu pintu. Kemudian seekor kucing demi seekor hilang dicuri. Lalu yang tinggal hanya Fiffy dan Niki. Sejarah berulang bila jiran tidak menbenarkan adanya kucing di depan pagar rumah mereka lalu lalang. Maka terpaksa di bawa ke ofis. Malangnya sekali lagi kucing yang cantik pastinya banyak tangan berminat. Luluh jiwa raga. Kucing peliharaan kesemuanya tiada.

Dua setengah tahun berlalu dengan ketiaddan kucing, rumah kami didatangi pebagai bentuk rupa haiwan yang tidak diingini. Lalu keputusan untuk mengambil kucing merupaka satu keputusan muktamad. Alhamdulillah akhirnya Tuan Haji Hakimie dan kelurga berbesar hati memberikan sepasng kucing kacukan Siam yang amat cantik, jinak dan begitu manja. Kucing ini diberi mana Chico dan Comel. Membesar dengan selesa. Banyak terkurung di rumah akhrinya terpaksa juga di letak disangkar bila ia perlukan udara yang lebih bersih serta merasa nikmat rumput dan mencium bau pokok-pokok. 
Setahun masa berlalu, kini Comel akhirnya melahirkan anak-anak yang seperti dirinya. Semalam waktu hampir berbuka saya pulang ke rumah mendapati Comel berada disamping emapt ekor anaknya,malang sekali seekor sudah mati. Tidak pasti apa sebabnya. Maka penantian untuk melihat pasangan ini lengkap menjadi keluarga kucing tercapai. Semua ini nikmat Tuhan bagi yang memahami. Bahagia dan kesedihan yang silih berganti. 

 Saya tidak faham mengapa ada insan yang begitu anti dengan kucing. Mereka juga ada hak untuk hidup. Jika kelaparan biarpun kucing jalanan tidakkah itu tanggungjawab. Hatta jika di kedai makan hulurlah makanan kepada kucing yang melingkar di kaki walau berkurap. Itu tanggnungjawab yang jarang mahu dianalisa oleh sedelintir kita. Percayalah nikmat rezeki itu ada hak haiwan bersamanya. Ia rutin keluarga kami bila makan di restoran jika ada lebihan makanan maka kami akan membungkus untuk kucing kami di rumah. Tidak semua pemilik restoran membenarkan kucing diberi makan. Lalu itu yang kami lakukan. Banyak yang dipelajari dari kucing dengan memerhati. Hanya yang memahami pasti boleh merasai. Ia nikmat yang diberi Allah bagi yang ada sifat mengasihani.
Perkongsian ini sekadar untuk kita sama-sama musabah dan menilai erti kehidupan betapa setiap yang bernyawa ada hak mereka. Setiap kejadian ada fungsinya. Jadilah khalifah yang boleh memakmurkan alam. Ia saksi dihari akhrirat untuk segala perlakuan. Lalu berbuat baiklah kepada semua makhluk Tuhan.

Wallahuaalam

1 comment:

  1. Subhanallah..puan..banyak pahalanya mengasihi binatang terutamanya kucing. Saya pernah membela hampir 20 ekor kucing sewaktu saya kecil kerana mak dan ayah sangat suka akan haiwan. Saya masih ingat lagi bagaimana mak bercerita tentang pengalamannya melihat dengan matanya sendiri seekor anak kucing ditetak oleh penjual ikan yang berbangsa cina hanya kerana anak kucing itu mencuri seekor ikan sardin kecil di tempatnya. Tanpa belas kasihan, si penjual menetak leher anak kucing itu dan membuangnya ke dalam tong sampah saat kucing itu menggelepar kesakitan. Emak saya yang berada di situ telah memarahi dan meminta rakan2nya supaya jangan membeli ikan di tempat penjual cina itu lagi. Dan kesannya si penjual ikan itu diboikot oleh semua pelanggan di pasar itu. Ya Allah, menitis air mata tatkala saya mendengar cerita emak kala itu. Kejamnya manusia ini.

    ReplyDelete