Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, July 26, 2013

Mengenal Diri Menggapai Rahmat ILahi


,

Jika pertanyaan siapakah aku? Apakah jawapan anda? Sudah pasti secara pantas kita akan memberikan nama kepada orang yang berkenaan, sudah pasti kita akan mengatakan dari mana asal usul kita. Tetapi ada jawapan lain disebalik pertanyaan itu yang jarang sekali kita mahu berfikir dan menyelidikinya.

Siapakah diri kita ini? Kita adalah dari 2 unsur iaitu ROH dan JASAD. Siapakah kita perlu kembali kepada kejadian asal diri yang jarang kita mahu mengingati. Bila persoalan ini dilontarkan maka kita akan mengingati tujuan asal kejadian kita iaitu kita ini hanya pengembara yang perlu pulang ke tempat asal.


Bila dinamakan pengembara maka apa yang ktia ada tidak mampu di bawa bersama. Pangkat dan harta bukan menjadi kemegahan. apa yang dibawa adalah amalan kebaikan. Lalu siapakah kita? Si bakhil yang mengira harta kekayaan tanpa menhirau si miskin, atau si cantik yang hanya mahu kecantikan luaran lupa pada hakikat cantik dalaman, atau si munafik yang sering berbohong demi kepentingan diri mengambil kesempatan atas yang lemah.

Siapa diri kita adalah dari kefahaman bahawa makanan rohani perlu diberi agar ia tidak kering kontang menjadi individu yang sentiasa resah gelisah, tidak bertemu dengan bahagia dan ketenanga. Maka untuk mengenal diri, dekatlah kepada Allah yang esa. Bila mengenal Allah maka kita tahu dan kenal diri bukanlah hebat. Diri sungguh hina dan tidak punya apa-apa. Jasad sekadar pinjaman, roh adalah kejadian. Maka yang kekal adalah akhirat yang menjadi matlamat semua makhluk. Lalu adakah sudah ada jaminan untuk kehidupan di dunia fana? Jaminan itu hanya pada Dia, moga Dia menerima segala taubat dan memberi ampunan terhadap segala disa. Ameen.   

No comments:

Post a Comment