Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 20, 2013

Tips Menjadi Usahawan Berjaya

  1. Dengan membuktikan kayu orang lain bengkok tidak bermakna kayu kita akan lurus.
  2. Bina pondok pondok kecil di tepi Istana Besar. 
  3. Beli di sini jual di sana iaitu berdagang diluar dari tempat asal
  4. percaya diri. jangan disiasat perkara yang lampau. jalan terus kita semua punya sejarah silam. dengan fokus pada hari ini dan kehadapan jauh lagi baik dari jeling-jeling ke belakang. hasilnya, hati lebih tenang. 
  5. Apa ju masalah yang ada, fikir solusi. jangan fikir masalah. jalan terus, terus.. jangan pandang kiri kanan, menyalahkan orang sebelah. tiada faedah rupanya menepuk perenang disebelah, ia akan menyebabkan dua-dua kalah perlumbaan.
  6. Apabila kita berasa macam tidak cukup duit, keluarkan rm50 dan sedekahkan (Nanti banyak duit akan masuk)
  7. Buat Log Budi. Tandakan setiap budi dan jasa orang kepada kita. Apabila berduit nanti, bayar hutang budi. Hidup bukan sekadar mesti bayar hutang emas tetapi hutang budi juga kena ada niat untuk membayarnya nanti. 
Tips dari Puan Ainon Mohammad, Chariman PTS-ABS

No comments:

Post a Comment