Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 14, 2013

Rumahtangga: Kisah sambal tahun


Bismillah,

Selamat menjalani ibadat puasa, moga amalan diterima. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berbuka bersama ibu bapa di kampung pada hujung minggu lalu. Ada kisah disebaliknya yang mungkin boleh kita renungkan dalam kehiduoan berumahtangga...

Sebenarnya sudah lama tidak makan sambal tahun masakan jawa yang digemari oleh setiap ahli keluarga terutama anak-anak, saya apalagi walaupun berasal dari Pantai Timur namun masakan jawa sudah menjadi sebati kerana bersuamikan OJ (Orang Jawa). Sepanjang puasa tidak ada orang menjual di bazar Ramadhan.Tahun lepas ada seorang hamba Allah berniaga sambal tahun tetapi hanya sehari lepas itu habis jualan sudah tidak dapat berniaga katanya lemgkuas payah diperoleh. Untuk pengetahuan pembaca sambal tahun perlu dimasukkan lengkuas kerana itu adalah ingredient utama dalam sambal tahun. Tanpa lengkuas maka tiadalah rasa yang sedap itu...

Pengalaman pulang ke kampung pada puasa tahun lepas kami masih ingat berhenti di Bazar Ramadan untuk membelinya.. lalu petang semalam kami singgah mencari di BR Sungai besar, tetapi tidak kedapatan pula sambal tahun, lalu kami singgah di pekan Sabak Bernam. Ternyata tidak sia-sia kerana sepanjang-panjang gerai banyak sambal tahun dijual. lalu saya membeli dua jenis satunya sambal tahun bersama kerang dan satu lagi bersama kulit lembu (pembaca yang tidak biasa makan kulit lembu pastinya juga tidak faham bagaimana kulit lembu boeh dijadikan makanan.. ia sebenarnya belulang).

Suami bimbang tidak cukup lalu jami beli lagi digerai yang lain, kemudian takut tidak cukup kerana seperti sedikit maka kami beli lagi.. Ini kerana sambal tahun ini bertahan hingga setahun.. walaupun hakikat dek kerana digemari ia tidak sampai setahun bahkan satu hari sahaja sudah boleh kehabisan.. Itu kata mertua..
Setelah selesai membeli belah di bazar untuk keperluan berbuka bersama abah dan mak, kami beransur ke Bagan Datoh...

Sesampai di kampung, mertua sedang bersila mengopek kerang. Di atas dapur sudah mengelegak lengkuas yang direbus. Hmmm tersenyum saya bila melihat mertua yang tahu anak dan cucu amat menyukai sambal tahun. Terutama anak sulong yang menghirup kuahnya seperti makan bubur. Apalagi petang itu berbuka puasa kami dengan sambal tahun yang pelbagai resepi termasuk resepi mertua yang sudah sebati dengan diri... Satu periuk sambal tahun itu termasuk bekal untuk dibawa ke rumah kami dan juga bekal untuk anak yang bakal kembali ke asrama...

MORAL OF THE STORY

Seorang ibu pastinya akan mengingati dan menyediakan juadah kegemaran anak cucu, apalagi bila mengetahui kita akan pulang.. Itulah ibu bapa kita. Kasih mereka tidak bertepi. Soalnya mampukah kita membalas jasa mereka sebagaimana kita dibesarkan? Mampukah kita meraikan mereka dengan berbaki masa yang ada. Maka jawapannya kita tidak mampu biarpun banyak perkara dilakukan.. JASA IBU BAPA tidak akan terbalas...

Bagi yang mungkin rengang dengan keluarga mertua, atau mungkin bermasam muka dan sebagainya... ada banyak cara untuk mengambil hati mereka.. mengalah dulu adalah terbaik,hormati mereka dan sayangi mereka sebagaimana kita memperlakukan ibu bapa sendiri... Berilah dengan tidak mengharap moga Allah membalas yang terbaik untuk kita. Saya dulunya bukan menantu pilihan mertua kerana saya bukan OJ tetapi akhirnya mertua boleh menerima kehadiran saya dalam kelurga mereka.

Percayalah kasih sayang akan menarik kasih sayang.. Kita adalah apa yang kita beri... 

No comments:

Post a Comment