Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, April 28, 2014

Lesen memandu




Bismillah,

Hari ini hari pertama kakak Anis belajar memandu dengan Babanya. Teringat masa kali pertama saya belajar memandu kereta sewaktu mengandungkan beliau. Terpaksa duduk di riba suami kerana inci tak berapa cukup. Entah berapa kali saya kena marah kerana silap. Namun semua itu kenangan. Ia cukup indah. Sekarang saya sudah cekap. Dan kini sampai masa si anak pula merasa bagaimana belajar memandu

Pastnya Anis Najwa akan ada perasaan yang sama. Tension dan stress sebab kena marah. Baba juga pasti akan kurang sabar kerana tak cekap dan lambat memberi respon. Ia mungkin pengalaman yang biasa bagi ramai orang. 

Konsep yang boleh dipelajari buat yang belajar. 
Bagi pelajar, apa yang kita tidak tahu dan satu perkara yang baru ia amat sukar untuk dipelajari.
Bagi tenaga pengajar pastinya tidak sabar jika anak murid lambat faham, susah membuat apa yang di arah.


* BERGURU KEPALANG AJAR DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI




Sunday, April 27, 2014

Apabila jodoh menyapa



Bismillah,

Perkahwinan ada onak dan ranjau, ia bahagia dengan cara tersendiri bila masalah yang ada mampu diatasi. Kali ini saya berkongsi kisah seorang isteri yang merasakan dirinya tertipu kerana suami berkahwin tanpa pengetahuan. Apabila beliau bekerja jauh dari suami selama hampir lima tahun beliau mengharapkan suami setia dan menjaga perjanjian yang termeterai. Ternyata ia tidak mudah bagi suami yang terasa sunyi bila berjauhan.

Menurut si isteri beliau tidak rasa marah jika suami berterus terang, namun apabila rahsia terbongkar kerana anak kecil yang memberitahu beliau merasakan itu satu tamparan dan penipuan dari suami yang amat dicintai. Persoalan?

Apabila suami bertemu jodoh kali ke dua maka wajarkah menuntut si suami bercerai? Bagaimana mahu melepaskan rasa dendam yang membara? Bagaimana menghilangkan rasa duka saat diduakan? Apakah nasib selepas ini setelah bermadu?

Persoalan ini akan menjadi mudah bila kita mampu berlapang dada. Ia amat pahit namun realiti harus ditempuh. Jika suami mampu memberi nafkah ia bukan lagi satu masalah, ia menjadi masalah bila suami tidak mampu mengawal emosi dan perasaan si isteri. Dendam yang membara perlu dilepaskan dengan cara bermunajat kepada Dia. Suami bukan milik kita, ia masanya kita dekat dengan DIA. Allah tempat kita meletakkan cinta kasih yang utama.

Berkongsi kasih sayang pastinya tidak mudah untuk ditelan. Takdir memilih kita lalu kita pelru belajar menerima. Melupakan kisah silam tidak susuah jika diri optimis dengan masa depan dan ada matlamat yang jelas. Anak-anak yang menjadi nadi kehidupan perlu diberi keutamaan. Pilihan terbaik adalah teruskan kehidupan sebagaimana biasa, madu yang dirasa seperti hempedu itu mujarab buat hati yang sakit. Hati yang sakit penawarrnya zikir. Saat marah dan dendam mendatang, zikirlah moga ia mampu memadamkan api dalam diri.

Wallahuaalam.
Perkara yang lepas jangan di kenang, masa yang mendatang kita renungi bersama.  

Friday, April 25, 2014

Sabar saat diuji


Sabar saat diuji

Allah jadikan satu satu perjalanan dan peristiwa dalam hidup untuk mendekatkan kita dengan Dia. Ia satu yang manis jika kita boleh menghayati dan mengambil hikmah darinya. Bersyukur saat diuji, tabah menghadapi, sabar dan redha perisai diri, moga Allah kuatkan hati, kukuhkan iman. Pada Dia kita berserah.


Sent from my iPhone

Friday, April 18, 2014

Motivasi perniagaan: Misi Seorang Aku



Bismillah...

Enam bulan pertama berguru untuk satu ilmu baru dalam bisnes. dalam tempoh itu memulakan langkah mempraktikkan apa yang ada.

Seawal November 2013 memulakan langkah dalam trading. Hari ini Alhamdulillah perjalanan dan momentum sudah ada.

Monday, April 14, 2014

Sekolah Bakat ABS


Bismillah,

Apa maksudnya sekolah bakat? Bagi yang sudah faham maka ia mudah untuk faham. Bagaimana kita mengarahkan anak-anak untuk cenderung menggunakan potensi dan bakat yang mereka ada. Di zaman semua mengejar kecemerlangan akedemik kita tanpa sedar meneggelamkan bakat yang ada pada anak-anak. Walhal bakat ini mampu membaw anak-anak pada kejayaan yang mereka inginkan.

Ramai ibu bapa berpegang kepada prinsip kejayaan hebat dalam akademik atau pilihan jurusan yang dilihat lebih memberi peluang disudut kerjaya. Inimenyebabkan ibu bapa menidakkan bakat dan potensi yang ada pada anak-anak. Anak sejak kecil diberi tusyen akademika hingga tiada masa rehat, Bagus dan kita sebagai ibu bapa berbangga bila anak-anak berjaya dan cemerlang dalam akademik mereka namun ia tidak bermakna bila anak-anak menjadi tertekan dan tidak gembira.

Maka sekolah bakat perlu disediakan untuk anak-anak? Berminat untuk mengetahui lanjut? Berikan email anda.

Wednesday, April 9, 2014

Ekonomi Perhubungan (Economy of Connection) : BMC


Bismillah,

Perniagaan merupakan satu mata pencarian selain dari makan gaji. Perniagaan bagaimana yang kita mahu jalankan atau yang sedang kita jalankan? BMC memberikan beberapa pilihan perniagaan:

  1. Start up atau sara diri
  2. Lifestyle atau minat dan menampung gaya hidup
  3. Scaleable atau untuk membesarkan perniagaan sedia ada
  4. Small business atau menampung kelurga dan sebagai tempat mencari makan
  5. Big Corporation atau mahu diversified pada sektor tertentu jadi mulakan dengan produk baru berlainan dari bisnes sedia ada.
  6. Social atau aktiviti bisnes yang dijalan untuk NGO atau kebajikan
  7. Buyable atau buat syarikat untuk dijual kepada orang lain

Dimanakah anda? Adakah anda berniaga untuk menampung kehidupan, mahu kehidupan yang mewah, pendapatan lumayan atau sekadar suka-suka dan kerana ia minat? Semuanya bergantung kepada halatuju dan matlamat sendiri. Saya sendiri jika ditanya setiap perniagaan yang saya lakukan ada sebab yang berbeza. Hanya diri sendiri yang tahu matlamatnya. Adakah ia berjaya sudah pasti jawapan yang saya beri ia adalah proses belajar. Kejayaan itu sangat subjektif sifatnya.

Satu ketika saya bermula dalam perniagaan dengan konsep sara diri. Sambil bekerja makan gaji saya berniaga untuk menambahkan pendapatan. Waktu itu usia masih muda ada banyak perkara yang perlu dilangsaikan, ia peringkat kita menyusun banyak perkara dalam kehidupan. Apalagi ketika itu baru sahaja bermula melayari alam rumahtangga. Maka saya bermula dengan Lean Start Up. Apa yang dibuat? Saya menjual barangan keperluan rumahtangga. Siapa pelanggannya? Mereka adalah rakan-rakan yan saya kenali. Sekali membeli, berterusan mereka menjadi pelanggan saya, dari dulu hingga kini walau masa dan keadaan sudah berubah, tapi ia masih saya teruskan? Ia kerana perhubungan dan bukan lagi melihat kepada keuntungan. Berpeluang bertemu rakan satu hal yang indah, berkawan-kwan dan menambah kawan. 
Perniagaan saya yang seterusnya adalah kerana gaya hidup. Melihat kemewahan orang lain hati saya teringin maka saya mulakan. Ia lebih kepada minat, dan melihat kepada masa yang ada. Jika dikatakan untuk menampung gaya hidup sudah pasti jawapannya ia, dengan perniagaan itu saya boleh memandu kereta yang agak mewah, melancong ke luar negara. Namun ia tidak menjanjikan kepuasan walau banyak yang diperoleh. Perniagaan perlu ada tanggungjawab yang perlu dilaksana. Ia bukan semata untuk memastikan apa yang kita belum ada dan mahu adakan, tetapi melihat orang sekliling kita yang belum ada. 
Peringkat seterusnya saya melibatkan diri dengan aktiviti bisnes yang mana lebih kepada pulangannya untuk masyarakat. Perniagaan ini lebih berkait dengan ilmu yang saya ada, maka modalnya tidak besar. Aktiviti bisnesnya bukan untk mengaut keuntungan namun menggunakan apa yang ada untuk disumbang baik dalam bentuk wang ringgit atau keringat yang dihulur. Ia satu kepuasan yang tidak ternilai. Bukan nilainya pada wang ringgit, namun hasil disebaliknya. Ia mendidik diri sendiri untuk merasa apa yang orang lain rasai serta mengingatkan diri, ia jalan yang pernah saya lalui. 
Untuk menyumbang ada banyak cara, sambil menyumbang kita juga boleh mendapat sebahagian darinya. Ia sambil menyelam sambil minum air. Tapi bukan hingga perut kembong dan kelemasan. Memadai menghilangkan haus. Lalu saya membawa satu lagi perniagaan keluarga untuk menjadi lebih besar atau scaleble. Ternyata tidak sampau setahun ia sudah menampakkan hasilnya. Semua ini amat berkait dengan ekonomi perhubungan. 
Apalagi? Masihkah mampu untuk berbuat sesuatu yang diluar dari kebiasaan? Big corporation atau membuat satu perniagaan baru dengan cara yang baru. Saya mulakannya sudah hampir 6 bulan. Hasil lumayan belum kelihatan tapi saya banyak menimba pengalaman. Ia sangat berharga, ilmu yang belajar dan terus saya praktikkan. Dan saya masih belajar mendaki ke puncak.

Ada lagi satu bisnes, ya saya ada bisnes ini. Buka dan untuk dijual, ada yang jual sebab hampir bankrap, ada yang buat duit dengannya, mendapat ratusan ribu pulangannya. Saya juga ada, ia perniagaan bentuk stokis, ada yang mahu. Tapi saya masih belum mahu jual bukan kerana untung tapi ada komitmen disitu. Saya menawarkan juga servis maka ia sentiasa mengikat saya untuk mengambil tanggugjwab. 

Akhirnya saya cuba berbuat sesuatu dengan cuba meletakkan berniaga untuk cari makan. Saya kembali bermula dengan zero. Membuka channel baru, merasai bagaimana memulakan. Bagaimana rasanya jika kita tida pilihan. Ramai anak muda yang melakukan dan menyara keluarga dengannya, Lalu saya pun buat juga biar untung sangat sedikit, tapi saya dapat yang sangat banyak yang tiada yang mampu bayar harganya. Sahabat saya juga heran dengan saya.Payah saya mahu menerangkan pada beliau sebabnya, ada juga rakan yang mengusik kenapa saya mahu buat semua ini? Anak sulong saya tidak berapa setuju kerana mahu saya rehat sahaja. Ia bukan tahap saya lagi. Namun bila saya buat semua ini ia mendidik jiwa saya, membantu saya menghasilkan karya dan menulis apa yang sepatutnya dikongsi. Ia mendekatkan diri saya dengan Dia. Ia menyedarkan diri bahawa saya insan bertuah diberi merasa banyak nikmat. 

Bisnes yang untung kecil dan tidak berbaloi untuk dibuat, tapi berkesan di hati dan jiwa. Bisnes ini membawa saya mengenal masyarakat bergaul dengan mereka dan tidak hanya terperap di bilik pejabat. Ia memerlukan saya membuang segala pangkat dan menjadi manusia biasa yang mencari sedikit perolehan darinya. Adakah saya lakukan ini kerana saya minat? Mungkin ia, tetapi lebih dari itu ia menjana idea menulis buat saya. Ia memberi ilham buat saya menghayati perjalanan kehidupan bagaimana Nabi Daud bergelumang dengan besi walau bergelar raja, Nabi Muhammad memilih hidup biasa walau boleh ada segala. Mudahnya disitu mendidik diri untuk zuhud. Realtinya saya jauh lagi untuk tahap itu, tapi berada di sisi orang yang zuhud sentiasa mengingatkan saya Bagaimana mahu jadi seperti dia dan memakai baju zuhud walhal berada di dunia bisnes. Akhirnya saya mahu menyatakan ekonomi perhubungan adalah satu ruang lingkup yang terbaik bagi yang berimpian menjadi daie. 
KAYA JIWA * KAYA ILMU* KAYA HARTA *KAYA SAHABAT

Wallahuaalam

Sunday, April 6, 2014

Taman Negara Destinasi Pilihan

Photo floating to the left

Bismillah,

Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Allah. Bersyukur diberi peluang menjejak kaki ke Taman Negara. Ia penuh dengan pengalaman yang indah. Menghayati keindahan alam ciptaan Allah bersama keluarga. Sebelum ini ia destinasi yang menjadi pilihan entah keberapa bersama keluarga. Namun kali ini ia menjadi destinasi pilihan. Ternyata ia sangat tidak rugi.

Berkampung selama 3 hari di Persona Resort memang amat memuaskan hati dengan layanan yang sangat bagus. Makanan tradisional yang disajikan serta infra yang lengkap memberi keselesaan kepada kami sekeluarga. Seawal hari pertama sampai sudah tersedia aktiviti night walk, esoknya kami mendaki ke Bukit Teresek, berjalan di atas conopy jambatan gantung terpanjang di dunia, dan menaiki boat menyusuri Sungai Tahan menuju perkampungan orang asli dan aktiviti mandi sungai yang sangat terkesan dan meninggalkan memori.

Meneroka alam nyata menyedarkan kita insan betapa indah ciptaan Allah. Siapa kits mahu menafikan segalanya? Moga ada peluang lagi untuk kesana. Mungkin tidak agi mendaki tetapi aktiviti memancing dan melihat panorama alam dan menikmati makanan tradisional Pahang sudah memadai untuk menikmatinya bersama keluarga tersayang.

Wallahuaalam  

Thursday, April 3, 2014

Sabar

Sabar


Tahap sabar mengikut Saidina Ali;
Sabar dalam menghadapi musibah
Sabar dalam ketaatan
Sabar dalam menghindari maksiat


Sent from my iPhone