Bismillah,
Perkahwinan ada onak dan ranjau, ia bahagia dengan cara tersendiri bila masalah yang ada mampu diatasi. Kali ini saya berkongsi kisah seorang isteri yang merasakan dirinya tertipu kerana suami berkahwin tanpa pengetahuan. Apabila beliau bekerja jauh dari suami selama hampir lima tahun beliau mengharapkan suami setia dan menjaga perjanjian yang termeterai. Ternyata ia tidak mudah bagi suami yang terasa sunyi bila berjauhan.
Menurut si isteri beliau tidak rasa marah jika suami berterus terang, namun apabila rahsia terbongkar kerana anak kecil yang memberitahu beliau merasakan itu satu tamparan dan penipuan dari suami yang amat dicintai. Persoalan?
Apabila suami bertemu jodoh kali ke dua maka wajarkah menuntut si suami bercerai? Bagaimana mahu melepaskan rasa dendam yang membara? Bagaimana menghilangkan rasa duka saat diduakan? Apakah nasib selepas ini setelah bermadu?
Persoalan ini akan menjadi mudah bila kita mampu berlapang dada. Ia amat pahit namun realiti harus ditempuh. Jika suami mampu memberi nafkah ia bukan lagi satu masalah, ia menjadi masalah bila suami tidak mampu mengawal emosi dan perasaan si isteri. Dendam yang membara perlu dilepaskan dengan cara bermunajat kepada Dia. Suami bukan milik kita, ia masanya kita dekat dengan DIA. Allah tempat kita meletakkan cinta kasih yang utama.
Berkongsi kasih sayang pastinya tidak mudah untuk ditelan. Takdir memilih kita lalu kita pelru belajar menerima. Melupakan kisah silam tidak susuah jika diri optimis dengan masa depan dan ada matlamat yang jelas. Anak-anak yang menjadi nadi kehidupan perlu diberi keutamaan. Pilihan terbaik adalah teruskan kehidupan sebagaimana biasa, madu yang dirasa seperti hempedu itu mujarab buat hati yang sakit. Hati yang sakit penawarrnya zikir. Saat marah dan dendam mendatang, zikirlah moga ia mampu memadamkan api dalam diri.
Wallahuaalam.
Perkara yang lepas jangan di kenang, masa yang mendatang kita renungi bersama.
No comments:
Post a Comment