Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 9, 2014

Ekonomi Perhubungan (Economy of Connection) : BMC


Bismillah,

Perniagaan merupakan satu mata pencarian selain dari makan gaji. Perniagaan bagaimana yang kita mahu jalankan atau yang sedang kita jalankan? BMC memberikan beberapa pilihan perniagaan:

  1. Start up atau sara diri
  2. Lifestyle atau minat dan menampung gaya hidup
  3. Scaleable atau untuk membesarkan perniagaan sedia ada
  4. Small business atau menampung kelurga dan sebagai tempat mencari makan
  5. Big Corporation atau mahu diversified pada sektor tertentu jadi mulakan dengan produk baru berlainan dari bisnes sedia ada.
  6. Social atau aktiviti bisnes yang dijalan untuk NGO atau kebajikan
  7. Buyable atau buat syarikat untuk dijual kepada orang lain

Dimanakah anda? Adakah anda berniaga untuk menampung kehidupan, mahu kehidupan yang mewah, pendapatan lumayan atau sekadar suka-suka dan kerana ia minat? Semuanya bergantung kepada halatuju dan matlamat sendiri. Saya sendiri jika ditanya setiap perniagaan yang saya lakukan ada sebab yang berbeza. Hanya diri sendiri yang tahu matlamatnya. Adakah ia berjaya sudah pasti jawapan yang saya beri ia adalah proses belajar. Kejayaan itu sangat subjektif sifatnya.

Satu ketika saya bermula dalam perniagaan dengan konsep sara diri. Sambil bekerja makan gaji saya berniaga untuk menambahkan pendapatan. Waktu itu usia masih muda ada banyak perkara yang perlu dilangsaikan, ia peringkat kita menyusun banyak perkara dalam kehidupan. Apalagi ketika itu baru sahaja bermula melayari alam rumahtangga. Maka saya bermula dengan Lean Start Up. Apa yang dibuat? Saya menjual barangan keperluan rumahtangga. Siapa pelanggannya? Mereka adalah rakan-rakan yan saya kenali. Sekali membeli, berterusan mereka menjadi pelanggan saya, dari dulu hingga kini walau masa dan keadaan sudah berubah, tapi ia masih saya teruskan? Ia kerana perhubungan dan bukan lagi melihat kepada keuntungan. Berpeluang bertemu rakan satu hal yang indah, berkawan-kwan dan menambah kawan. 
Perniagaan saya yang seterusnya adalah kerana gaya hidup. Melihat kemewahan orang lain hati saya teringin maka saya mulakan. Ia lebih kepada minat, dan melihat kepada masa yang ada. Jika dikatakan untuk menampung gaya hidup sudah pasti jawapannya ia, dengan perniagaan itu saya boleh memandu kereta yang agak mewah, melancong ke luar negara. Namun ia tidak menjanjikan kepuasan walau banyak yang diperoleh. Perniagaan perlu ada tanggungjawab yang perlu dilaksana. Ia bukan semata untuk memastikan apa yang kita belum ada dan mahu adakan, tetapi melihat orang sekliling kita yang belum ada. 
Peringkat seterusnya saya melibatkan diri dengan aktiviti bisnes yang mana lebih kepada pulangannya untuk masyarakat. Perniagaan ini lebih berkait dengan ilmu yang saya ada, maka modalnya tidak besar. Aktiviti bisnesnya bukan untk mengaut keuntungan namun menggunakan apa yang ada untuk disumbang baik dalam bentuk wang ringgit atau keringat yang dihulur. Ia satu kepuasan yang tidak ternilai. Bukan nilainya pada wang ringgit, namun hasil disebaliknya. Ia mendidik diri sendiri untuk merasa apa yang orang lain rasai serta mengingatkan diri, ia jalan yang pernah saya lalui. 
Untuk menyumbang ada banyak cara, sambil menyumbang kita juga boleh mendapat sebahagian darinya. Ia sambil menyelam sambil minum air. Tapi bukan hingga perut kembong dan kelemasan. Memadai menghilangkan haus. Lalu saya membawa satu lagi perniagaan keluarga untuk menjadi lebih besar atau scaleble. Ternyata tidak sampau setahun ia sudah menampakkan hasilnya. Semua ini amat berkait dengan ekonomi perhubungan. 
Apalagi? Masihkah mampu untuk berbuat sesuatu yang diluar dari kebiasaan? Big corporation atau membuat satu perniagaan baru dengan cara yang baru. Saya mulakannya sudah hampir 6 bulan. Hasil lumayan belum kelihatan tapi saya banyak menimba pengalaman. Ia sangat berharga, ilmu yang belajar dan terus saya praktikkan. Dan saya masih belajar mendaki ke puncak.

Ada lagi satu bisnes, ya saya ada bisnes ini. Buka dan untuk dijual, ada yang jual sebab hampir bankrap, ada yang buat duit dengannya, mendapat ratusan ribu pulangannya. Saya juga ada, ia perniagaan bentuk stokis, ada yang mahu. Tapi saya masih belum mahu jual bukan kerana untung tapi ada komitmen disitu. Saya menawarkan juga servis maka ia sentiasa mengikat saya untuk mengambil tanggugjwab. 

Akhirnya saya cuba berbuat sesuatu dengan cuba meletakkan berniaga untuk cari makan. Saya kembali bermula dengan zero. Membuka channel baru, merasai bagaimana memulakan. Bagaimana rasanya jika kita tida pilihan. Ramai anak muda yang melakukan dan menyara keluarga dengannya, Lalu saya pun buat juga biar untung sangat sedikit, tapi saya dapat yang sangat banyak yang tiada yang mampu bayar harganya. Sahabat saya juga heran dengan saya.Payah saya mahu menerangkan pada beliau sebabnya, ada juga rakan yang mengusik kenapa saya mahu buat semua ini? Anak sulong saya tidak berapa setuju kerana mahu saya rehat sahaja. Ia bukan tahap saya lagi. Namun bila saya buat semua ini ia mendidik jiwa saya, membantu saya menghasilkan karya dan menulis apa yang sepatutnya dikongsi. Ia mendekatkan diri saya dengan Dia. Ia menyedarkan diri bahawa saya insan bertuah diberi merasa banyak nikmat. 

Bisnes yang untung kecil dan tidak berbaloi untuk dibuat, tapi berkesan di hati dan jiwa. Bisnes ini membawa saya mengenal masyarakat bergaul dengan mereka dan tidak hanya terperap di bilik pejabat. Ia memerlukan saya membuang segala pangkat dan menjadi manusia biasa yang mencari sedikit perolehan darinya. Adakah saya lakukan ini kerana saya minat? Mungkin ia, tetapi lebih dari itu ia menjana idea menulis buat saya. Ia memberi ilham buat saya menghayati perjalanan kehidupan bagaimana Nabi Daud bergelumang dengan besi walau bergelar raja, Nabi Muhammad memilih hidup biasa walau boleh ada segala. Mudahnya disitu mendidik diri untuk zuhud. Realtinya saya jauh lagi untuk tahap itu, tapi berada di sisi orang yang zuhud sentiasa mengingatkan saya Bagaimana mahu jadi seperti dia dan memakai baju zuhud walhal berada di dunia bisnes. Akhirnya saya mahu menyatakan ekonomi perhubungan adalah satu ruang lingkup yang terbaik bagi yang berimpian menjadi daie. 
KAYA JIWA * KAYA ILMU* KAYA HARTA *KAYA SAHABAT

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment