Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, June 28, 2014

Ilmu dalam Islam

Ilmu dalam Islam


Ilmu dalam Islam bersepadu kerana ilmu itu bersifat hidup dan ada asas. Contoh ilmu perakaunan bersifat angka, ia tidak akan habis. Ia satu rantaian. Hikmahnya supaya manusia dapat mengkaji dan mengenal hakikat ketuhanan Allah yang Maha Pencipta. Semua ini ada hubungkait yang ada penerangan dalam Al Quran.
Dr Murice Bucae memeluk Islam bila mengkaji mumia Firaun yang disalut kalsium. Ini telah diketahui oleh orang Islam kerana dalam Al Quran telah dikhabarkan Firaun tenggelamkan Allah di lautan. Ini termaktub dalam kisah Nabi Musa.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment