Bismillah,
KUALITI DAN KUANTITI IBADAT DI BULAN RAMADHAN
Malam ini in sya Allah tibanya bulan Ramadhan yang dinantikan sekian lama, kita semua bakal menjalani ibadat Puasa pada esoknya. Maka sudah pasti kita perlu menanam satu azam dalam diri iaitu mahu memastikan kualiti dan kuantiti ibadat agar ia menjadi Ramdhan yang terbaik buat kita kali ini. Ia juga menjadi penanda aras bagi Ramadhan yang kesekiannya.
Bagi memastikan kualiti ibadat maka kita perlu lebih banyak muhasabah diri serta menilai kembali ibadat-ibadat yang dilakukan dengan menambahkan ilmu yang ada. Kita perlu banyak mendalami dan memahami ilmu agar ibadat yang diamalkan sebelum ini dapat dibuat dengan leibh sempurna lagi, Contohnya dari segi solat, jika sebelum ini kita membaca bacaan dalam solat dengan tidak sempurna maka kita perlu pastikan bacaan kita semakin baik. Sama juga jika kita sebelum ini membaca surah-surah yang pendek kerana tidak mengingati surah yang panjang maka di kesempatan ini juga kita boleh menambah kualiti dengan menghafaz surah-surah yang lebih panjang. Bulan puasa kita ada ruang masa yang tidak digunakan untuk makan dan minum boleh mengambil peluang mengikuti tazkirah di surau atau mana-mana tempat yang diadakan majlis-majlis ilmu. Meningkatkan kualiti ibadat perlu kita mendekatkan diri dengan orang yang berilmu agar kita tahu kesilapan dalam ibadat yang kita lakukan dan mempraktikkannya semula.
Manakala kuantiti ibadat sewaktu bulan Ramadhan sudah pasti ia mampu dilakukan sementelah di bulan ini adanya solat terawaih, adanya juga program qiam yang diadakan dikebanyakan masjid atau surau. Kita juga boleh melatih diri untuk bangun malam bagi beribadat dan memperbanyakkan amalan sunat. Jika sebelum ini kit khatam Al Quran hanya sekali setahun maka pada bulan ini kita boleh menggandakan bacaan Al Quran menjadi 3 kali khatam
Bagi memastikan kuantiti dan kualiti ibadat dapat dilaksanakan pada Ramdhan ini, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kekuatan iman bakal menjadi pendorong kepada meningkatnya kualiti dan kuantiti ibadat.
Allah berilah kami kekuatan untuk beribadat kepadaMu. Ya Allah terimalah ibadat kami. Amen
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment