Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, June 1, 2014

Kelebihan Solat

Kelebihan Solat

Jaminan bagi orang yang solat adalah kejayaan. Walau sibuk tapi perlu disempurnakan.

Di negara Arab kita sering melihat ramai yang solat di atas tanah. Kita takjub melihatnya. Bila mengadap Allah di atas tanah maka ia satu penghayatan. Contoh di Sudan yang bekerja sebagai petani bila tiba waktu solat mereka akan menyegerakannya. Inilah satu penghayatan Rabbani.

Tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada Allah bagi yang beribadat melainkan hambaNya yang bakal memperoleh ganjaran. Bila kita taat pada Allah apakah Dia memperoleh manfaat? Allah tidak mengambil manfaat dari hamba.

Perintah dan larangan Allah adalah untuk hamba. Solat adalah kepatuhan ubudiyyah. Solat mengelakkan kita dari bala, memberi ketenangan. Ahli ibadat banyak memperoleh rezeki.

Kisah seorang lelaki Arab yang hebat belajar di luar negara banyak berzina. Bila pulang ke negara asal dia mendapat jodoh dengan wanita yang baik. Setelah bertahun-tahun berkahwin mereka tetap tidak memperoleh zuriat. Bila dirujuk kepada pakar, rupanya soermanya sudah mati.

Segala hukum syarak ada sebab-sebabnya, ia diikat dengan maslahah yang tidak terjangkau. Jaga solat boleh mengelakkan persengketaan dan perceraian.

Ayat tentang penjagaan solat diantara penerangan bab perceraian ada hikmahnya. Maka solat jemaah akan dapat mengelakkan perceraian. Falsafah ibadah yang ada dalam rukun Islam semuanya ada hikmah tersendiri bagi umat Islam.

Segala syariat Allah adalah untuk hambaNya kerana Allah itu Maha Kaya dan tidak memerlukan pada makhluk.

Wallahuaalam

Intipati Cinta Ilmu
Bicara Tasawwuf TV Hijrah
Oleh: Dr Zulkifli Al Bakri


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment