Bismillah,
Perjalanan hidup merupakan sekolah kehidupan yang paling bernilai dalam mencorakkan diri serta memberi pengalaman kepada individu. Pengalaman yang dikutip dari segala cabaran yang dihadapi jika dikutip secara positif dan diaplikasi segala pengajaran yang baik bakal memberikan satu kejayaan. Namun ramai yang melihat sekolah kehidupan dengan segala macam keluh kesah, penyelasan serta kekecewaan semata-mata kerana apa yang berlaku tidak sebagaimana di harap.
Jika kita perhatikan ramai insan berjaya terpaksa melalui lebih dahulu liku yang pahit barulah mereka menemukan kejayaan. Tidak sikit yang mereka lalui bahkan segalanya amat payah dan menggalsa derita yang panjang. Tetapi dek kesabaran maka akhirnya nikmat kejayaan berjaya diperoleh. Hidup yang menjadi pentas dugaan ramai yang tewa dipertengahan jalan. Segala pengalaman tidak diambil sebagai iktibar maka ia merugikan diri. Maka tidak pelik jika kita lihat betapa ramai yang terlibat dengan penagihan dadah hanya kerana mereka berdepan masalah keluarga yang berantakan, tidak cukup kasih sayang, tiada didikan serta pelbagai lagi sebab yang diberi yang seolah menghalalkan mereka untuk terlibat.
Sekolah formal yang kita lewati serta sekolah kehidupan yang kita lalui jika digabung keduanya bakal menjadi resepi terbaik untuk membantu diri melangkah dan meneruskan perjalanan hidup.
Sekolah menjadi amat bermakna bila kita semua boleh memahami yang tersirat disebalik tersurat. Ia mengajar diri menjadi lebih berdikari dan tabah menghadapi apa jua rintangan.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment