Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 8, 2016

Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga.

Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga.
========================

Bismillah,
Sebenarnya pesanan di atas itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlahni.ia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku,

Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yang senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.

Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yang sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat".

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

--------
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga

Ya Allah, ampunilah umat ini,
Dan diriku yang amat lemah ni

-Tanpa nama
(Dipetik dari media)


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment