Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, May 10, 2016

Tip Murah Rezeki

Tip Murah Rezeki

Bismillah,

Sekadar berkongsi sedikit kisah seorang rakan.

Selepas selesai urusan di bank saya singgah di sebuah kedai makan. Waktu itu banyak makanan untuk hidangan makan tengahari telah tersedia. Manakala pelanggan pula belum cukup ramai kerana baru 11.30am.

Selesai makan saya segera bangun untuk membayar dan bergegas ke kereta. Sewaktu saya lalu di meja paling hujung yang tiada pelanggan lain saya ternampak seorang pak cik tua sedang duduk. Kopiahnya berada di atas meja.

Sewaktu itu saya sudah melepasi meja beliau. Namun perjalanan saya terhenti. Saya pusing semula memandang pak cik tersebut. Saya terperasan tongkat yang disandarkan pada kerusi dan kakinya yang berbalut.

Lalu saya dekati beliau. Saya bertanya " Pak Cik tak makan?".
" Tidak, minum sahaja". Jawab beliau sayu. Saya terpandang secawan air kosong di hadapan beliau.
Lalu saya keluarkan satu note hulurkan pada beliau. Beliau terus mengambil dengan tangan terketar-ketar tidak bermaya.

Saya segera berlalu dengan pemikiran simpati. Simpati kepada pak cik tersebut dan simpati juga pada tuan kedai. Jika saya sebagai pemilik kedai tersebut, hulurlah secawan teh kepada pak cik yang dhaif tersebut. Tak rugi pun.

Moral:
Di saat kita makan yang sedap dan lazat. Ada ramai yang berlapar.

Tip yang diberikan untuk seseorang jadikan habit menabung mengikut warna note, baik biru hijau merah dan lain-lain.

Kita boleh menggunakan warna note ini untuk menabung bagi akhirat kita. Pastikan note biru atau hijau (merah pun boleh)sentiasa ada agar bila kita bertemu mereka yang begini kita tak sukar untuk menghulur. Jadikan ia sebagai sedekah harian.

In sya Allah, pastinya Allah akan mudahkan urusan kita. Banyakkan memerhati disekeliling kita dengan empati dan simpati moga dengannya ia melembutkan hati kita sendiri dan meningkatkan rasa syukur. Tidak perlu kaya harta untuk menghulur, yang penting kaya jiwa dan IKHLAS memberi.

Wallahuaalam.

*Ingatan untuk diriku yang sering lupa dan bantak dosa.

#motivasi3i
#jagaAllahAllahmenjagamu

No comments:

Post a Comment